Wednesday, May 23, 2012

Tarbiyah kehidupan

Ketahuilah..
kehidupan hanya untuk Sang Pencipta
perhalusi asbab diri dicipta

segala-gala hanya pinjaman
segala-gala akan dipertimbang

jika jatuh,Bangkitlah
jika lemah,Kuatlah
jika salah,Baikilah
kasihkan diri
jgn biar ia mati


setinggi mana pun
serendah sekali pun
antara SYURGA NERAKA
natijah akhirnya...


-Egypt 11.16 PM

p/s- tepandang tulisan shaykh al-Albani (rahimahullah) katanya :

'Jalan-jalan menuju Allah itu panjang/luas,kepergian kita persis seekor kura-kura,Bukanlah matlamat untuk sampai diakhir titik jalan itu Tetapi tidak lain sesungguhnya matlamat untuk mati dijalan itu! :) 



Thursday, May 17, 2012

Ego lagi??

kisah diambil dari sini..


إشتكى رجل في الخمسين من عمره بوجع شديد في قلبه
فذهب إلى الطبيب ليستشيره عن السبب
وبعد الكشف عليه أخبره الدكتور أنه يحتاج لعملية جراحية عاجلة تكلفتها 50 ألف دولار .
فبكى الرجل بكاءا شديدا
قال له الدكتور : سوف نحاول تخفيض التكلفة ومن الممكن التنازل عن أجري أيضا فلا تبكي .
فقال له الرجل أنا لا أبكي على التكلفة . 
فاندهش الدكتور وقال : لماذا تبكي إذن ؟؟

قال : أبكي لإن قلبي ظل سليما طيلة حياتي . ولم يسألني الله أبدا عن ثمن ذلك .
لا إله إلا الله محمد رسول الله
اللهم أعنا على طاعتك .


(TERJEMAHAN)




Al-kisah..
Seorang lelaki dlm lingkungan umur 50th disyaki mghidap pyakit hati yg teruk.Beliau pergi berjumpa doc dan setelah diperiksa doc memberitahu kos untuk pembedahan segera adalah rm50 000.
Terus menangis lelaki itu dgn kuatnya..lalu berkata,

Doc:jgnlah menangis aku akan cuba mgurangkan kos ini.

Lelaki:Wahai doc aku bukan menangis disebabkan mahalnya kos pembedahan ini.

Doc:abes?mengapa kau menangis (doc hairan)

Lelaki:Aku menangisi kerana,sepanjang aku hidup dikurniakan hati yg baik ini Allah tidak pernah sekalipun meminta harga akannya :(

Allah..:(

Thursday, May 3, 2012

Pagi Yang Terang

Embun-embun sedang menemani
dikala permulaan pagi
mewarnai keindahan hari
bersama harapan-harapan ini.

Sunday, April 22, 2012

mimpiku

Hari ini esok belum pasti,
pelajari sambil memberi,

tabahlah,
kuatlah,

jika benar keikhlasan,
penghargaan bukan carian,

melihat Islam diatasan,
sempurnalah impian.



-1300
Egypt

Thursday, April 19, 2012

segala pujian bg Allah,Tuhan sekalian alam.

usia yang muda 
bukanlah bererti 
kamu masih terlalu mentah 
untuk mendalami ilmu Allah.


-jgn tunggu jgn malu
Egypt.4.17ptg

Saturday, April 14, 2012

merindui KekasihMu Ya Allah.

sedang duduk menunggu pesanan menu sampai td..terdengar suatu hadis yg kerap sgt didengar diucapkan dikaca sebuah channel tv..
"إنما بعثت لإتمم مكارم الاخلاق" قول رسول الله صلى الله
mafhumnya:“Sesungguhnya aku (Nabi Muhammad SAW) telah diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”

seiring perjalanan pulang,hadis itu terngiang2 di benak fikiran..dan diri sendiri tertanya

Bagaimana saya?Sejauhmana saya? seharian sy dalam mengikuti mengidolai memahami acara Beliau yg keterangannya sgt lagi nyata dan jelas..dlm kehidupan,langkahan atau segala jua aspek kn.

semua orang mengimpikan menjadi baik dari suatu detik ke suatu saat..suatu saat ke suatu ketika dan seterusnya2 tp sekuat mana Teori mereka untuk memPraktikalkannya.
Beliau adalah sebaik2 ciptaan,tauladan yg sesungguhnya! Akhlah Beliau Akhlak Al-Quran,Pemegang Shafaat nnti! Beliau pembela diMasyar nnti :(. Allah

Ya Allah,ku mohon kurniaanMu dlm menelusi dan menyusuri kefahaman (Sunnah2) bawaan kekasihMu Muhammad SAW. dlm seharian ku langkahan ku juga kehidupan ku dlm mencari RedhaMu :l

pimpini kami ya Allah kedua ibu bapaku adikberadiku keluargaku sanak saudaraku kerabatku sahabat2ku saudara2ku dan seluruhnya dlm menanti Akhirat yg kekal selamanya..Ya Allah

اللهم صلي و سلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين

-muhasabah mengenal diri

nilai sebuah..

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA



harga sekuntum Cinta
-ito lara