Friday, December 30, 2011

jumaat terakhir 2011

Assalamualaikum wbt.
Hari ini merupakan hari jumaat bersamaan 30hb 12 2011.Melihat pada tarikh itu,ini menunjukkan bahawa jumaat ini merupakan jumaat terakhir bagi sesi 2011.

Jadi ada apakah dengan Hari Jumaat sebenarnya??

xda aperlh.saje jer..mcm serius jer bnyinya kan mula2 tuh.huhu..:)

sebenarnya..
cme suke disini untuk mengingatkan diri ini shj.Bagaimana keadaan saya selama 'setahun' itu berlangsung..dilandasan manakah sy berada?sejauh mana pegangan sy dlm menterjemahkan 'Islam' dlm kehidupan sehari-harian sy.

Bermuhasabah dan terus bermuhasabah moga diri ini semakin hari semakin cuba menjadi yg baik dan terus belajar menjadi baik.
Moga hari ini lebih baik dr semalam dn esok2 semakin2 baik hendaknya.inshaAllah


salam Jumaat.


اللهم صلي علي سيدنا محمد وعلى آل محمد‏ 



Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.


-Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim












Monday, December 19, 2011

sendiri..

sendiri
sepi

hanya keyakinan tinggi
pasti berdiri.













p/s -dh nak exam ejan.fokus!
      -jgn tingal solat dhuha juga yer

Sunday, December 18, 2011

scrambled eggs.

Ini versi sy. 'SimplyCt' je Klu kita search kt google mcm2 lagi menarik.Versi ni jga hanya mengunakan barang apa yg ada didapur pd pgi tdi.Kira mcm 'tangkap muat' jugak la(xplan).huhu.Sbb 'terasa' lapa nak makang so kena la bgerak sikit.xleh order! jer.haha..kan kan :p

bermula la kisah disuatu pagi..seseorang (bkn nama sebenar) :p

'uish perut ni berbunyi plak..merungut sendirian dihati'.Nak mkn ape ea?hmm..last rajinkann diri bangkit untuk jerang air.dan wat secawan 'radix'..tp malangnya setelah habis dihirupnya ayaq tu.masih juga tak berjaya 'merealisasikan' tuntutan perutnya.masih mau diisi katenya:(

(terlahir Idea) so bermulalahhh..Apepun nak wat ni bahan 'wajib' kena la ade telurkan.barulah dinamakan 'scrambled eggs' klu xda telur..nak pangil scrambled apa?? ho2
layan~..

1)-ada sayur kas2 (mcm sawi kot)+daun bawang+bawang=hiris halus2 semua n bubuh sikit garam pastu gaulkan jer.hu2 *if ada tomato pn cantik ni.baru bercolour sikit kan :p
                                                     

2)bahan wajib.-Basuh bersih2 telur + pecahkan seakan nak
 'mendadar' kan telur (ala mcm nak goreng telur dadar tuhh) n hancurkannya menjadi kepingan2 kecil.Akhir sekali campur bahan pertama tdi *1)..hm siap la! simplyCt kan?? :D




3)Bila siap.sy pn mulalah 'merealisasikan''  permintaan perut tdi.Sy makang ngn roti jer beserta sos fav.datang dr malaysia ok.Sos Jalen!.huhu..jom baca doa makan!selamat makan! jom2!!..Al-Hamdulilah(^_
egypt.0800


janji2Nya

Anda lihat..!
dunia semakin tenat
harinya sudah dekat
sejauh mana sy beringat.





egypt
0623

Thursday, December 15, 2011

encik yahoo..encik yahoo

mm tak pasal2 malu sendiri harini..adei tp betul.serius memang tak boleh.huhu..

citernye mcm ni..
 
Bangun2 jer subuh pg tdi nak la buka Ym tp tiba2 xbole.dia kate username or passwd salah .tp peliklah setahu sy,sy xpernah tuka2 sejak gne id ni.dh bertahun2 gak.so sy yakinla takda salah ape2.sy try2 lagi last2 dia tulis 'Your account is locked' pulak lagi la bertmbah2 pening.hmm..

siap try kt pc mmbe still sama.aduii.Last pas Asar tdi try lagi.still sama..pas asar tu gak nak cbe wat id baru..dh wat gak pun siap dh add 'ahli2 bet' dulu huhu..

ade gak mmbe ckp 'prob2' yg diorang pernah alami bersama 'encik yahoo' tp bila sy bandingkan ngn saya xsama.btambah pelik! last terus siap2 keluar ptg td gi riadah (main bola)..

Pas mghrib tdi tu.ade mmbe lain dtg.so sy cite la,dia ckp bole jdi yahoo tgh 'bengong' biar jer dlu esok ok la tuh kot (dia penah kne blocked gak)..(dlm hati bharap gak.moga btul lah cmtu) (sbb malas nak wat lain pastu byk kje adeii..)

sampai saat tu xtry pn untuk buka lagi..Sampailah pas balek Isyak tdi.tegerak nak cuba lagi.Last boleh!..adui bcmpur2 dh perasaan,malu pn ade (sbb dh terpost kt FB ckp email tu dh xleh gne.tp btul mmg xleh kan.geram pn ade time tu.pelik.mcm2 la.huhu)..

tp ape pun AL-HAMDULILLAH.hehe bole dh gune..walaupn encik yahoo ni bgurau2.tp xperla terima kasih yer.



moral-jgn nk gelabah sgtlahh ejan.dh malu dh ni.dush!.zZZZ (^_



 





Wednesday, December 14, 2011

again?


Sunday, December 11, 2011

sebelum lima perkara..

huh..rase dh nak seminggu 'kurang sihat' ni.mcm ade rasa kurang dah mcm x.ntah.hu2.
dari panadol soluble sampaikan sepapan panadol yg pil tu +sepapan antibiotik lg
dah 'dicuba2nya' =)
Al-Hamdulillah :)






p/s -hargailah sihat kita
      -dosa2ku..
      -pernah tak tbayang?jika kita nak lelapkan mata (untuk tido sebentar)..berapa pasti kita
       boleh yakin kita akan celik semula?:)...tapi Mati itu benar!.
       Sejauhmana persediaan sy nak bdepan-Nya..Siapkah saya?:-)                

Tuesday, December 6, 2011

sympathetic n parasympathetic

Permainan Sympathetic juga Parasympathetic..
mmg ssh gak nak fhm mula2 tu.tp cuba gak nak fhm.tak perla if xdpt fhm semua.sikit pn bole kan.huhu.TQ!


-sistem penghadaman dan pencernaan dpt berfungsi optimal dalam keadaan tenang
bile tenang pasti penghasilanya akan baik n jauh dr mudaratnya.inshAllah


-dan bersederhanalah (خير الامور أوسطها) malah dlm ape jua pn kan.


-lebih tak bole kurang pn tak bole..







p/s -hayatilah Sunnahnya.inshaAllah
      -rasa mengunyah pn skng jadi terkira2 huhu  :)

Saturday, December 3, 2011

hari ‘Asyura



Nabi S.A.W ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, “Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa `Asyura’? Baginda menjawab, “Puasa `Asyura’ akan menghapus dosa setahun yang lalu.”
- (HR. Muslim)

jom! inshaAllah  :)

Friday, December 2, 2011

Aku Terima Nikahnya....

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."

Wednesday, November 30, 2011

tudung?aurat?

setiap yang bertudung,
tak semestinya menutup aurat..
tetapi 
yang menutup aurat semestinya dengan bertudung.




-tak kan rugi.percayala :)

Saturday, November 26, 2011

1433H

  يارب ..اجعل هذه السنة الجديدة مغفرة ورحمة ومحبة على كل المسلمين أجمعين   
..اللهم امين

Salam Maal Hijrah!  :)

Wednesday, November 23, 2011

sedih?tak perlu kn..

seseorang 'menghadiahkan' kisah ini kepada saya..


" Seorang jejaka melamar seorang perempuan..
Tapi hasratnya ditolak.Cintanya bertepuk sebelah tangan
Tapi dia x sedih.
Dan kawannya b'tanya:Knapa kamu tidak sedih??
Jejaka t'sebut menjawab :"Mengapa patut aku bersedih?.

Aku hanya kehilangan seorang perempuan yg x pernah m'cintai aku.

Sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yg benar2 mencintainya "


Tuesday, November 22, 2011

SELAMAT Harimau Muda!

AL-HAMDULILLAH
haha..xabes2 lg mood seronok semalam he2
setelah pelbagai2 peristiwa yg mereka alami..
akhirnya penat jerih mereka berbaloi..Alhamdulillah

peristiwa Baracuda berakhir dgn SANGAT MANIS!
TAHNIAH SEKALI LAGI!

p/s tak terkata sudahhh :p



Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha
kulu amm wantum bikheir.

Friday, November 4, 2011

Puasa hari 'Arafah

-Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah) Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : "Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang"

-(Riwayat Muslim)

Wednesday, October 12, 2011

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah ♥ (copy paste)

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..



~ALLAH knows BESt!~♥

Wednesday, September 28, 2011

kerananya.

saya sayang awak
tapi
saya benci awk.

Monday, September 26, 2011

mendengar n belajar memahami..

http://almuttaqin.tv/video_papar.php?id=2242




-Ulasan yang jelas tentang konsep negara Agama,negara Awam dan negara Sekular

senyumlah.

Kitalah orang yang bertuah! bilamana dapat kenal dgn orang2 yg salah.orang yang jahat.orang yang 'menjengkelkan' dalam hidup kita atau lain2nya.Sbbnya pada ketika itu kita boleh belajar banyak.Belajar Sabar.kita bole belajar Memaafkan orang.kita juga boleh Mendoakannya untuk jadi lebih baik kan.Jadinya Ganjaran baik pasti untuk kita.insyaALLAH



-p/s so jangan masam muka jer.hehe




"dan jika kau tidak mencintai mereka,janganlah engkau membenci mereka"
-Umar bin Abd Aziz

Sunday, September 4, 2011

terakhir

ini adalah air mata yg terakhir untuknya
sy janji..
cukuplah
assalamualaikum
.

Tuesday, August 23, 2011

Alhamdulilah.

terhenti angan..
merancang tp menjadi diluar racangan.
Alhamdulilah ku panjat syukur
jika ini yg terbaik..
aku terima.
Dia Maha Segalannya.

Harus lebih fokus.
Jangan putus asa.
InsyaAllah.
Doa selalu


'DIA tak beri apa yg kita mahu tp DIA beri apa yg kita perlu'

Tuesday, August 16, 2011

Maha Melihat

Andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan
terbuang
Andai bisa ku kembali
hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa
kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

Saturday, August 6, 2011

-Melawan Kesepian-

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

06-08-1986

selamat hr lahir sy!
:)



-Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Kami takut kami harap kepada-Mu
Suburkanlah cinta kami kepada-Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari-Mu

Wednesday, August 3, 2011

cuti-cuti Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

1-Alhamdulilah dh nk msuk 5hari di Tanahair tercinta hehe (aritu 30july 10.00 am kot smpai KLIA)

2-tak dpt update sblm ni sbb arni baru jer Streamyx oke.huhu Tq TM!

3-Oh yer! blum terlambat lagi kot nak ucp SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK hehe

4-kejarlah,hargailah,bykkanlah dlm Bulan yang Mulia ini yer =)
p/s Al-Quran pasti kena khatam plg teruk skli k.


oklah jumpa lagi.senyum-senyum selalu.
jgn xbeerpuasa plak!
terawikh jgn tingal!
peace !!





-Ya tuhan kami karuniakanlah kami keberkatan di Bulan Ramadhan yg Mulia ini.














Wednesday, July 20, 2011

cerita rindu

rindunya
pada senyumnya

kini
tiada lagi

dia pergi selamanya
diri terus tertanya-tanya




egypt
0048



Wednesday, July 13, 2011

Mee Bandung

saje2 jer huhu.Kul9 dh kuar umah gi pasar..


Tuesday, July 12, 2011

ya Rabbi

Alhamdulilah selesai Exam Fasa 2 ni untuk Thn 2010/2011..
Kegelisahan dan Pengharapan bserta terus berdoa
untuk natijahnya,
itu shj yang mampu kini.
Semuanya ku serah pdNya jika itu yg terbaik..



-mohon doanya untuk kami.

Sunday, July 10, 2011

hadapinya.

Perjalanan alam ini terikat dgn

pelbagai hamba2nya kerana semua

keterikatan itu akan dihukum olehNya

dikalangan hamba yang ini dan yang

itu.



jangan pernah berputus asa=)

Saturday, July 9, 2011

Anak Merdeka

Merdeka..anak Merdeka
dahulu sy berbangga dgn kemerdekaan yang sy miliki
walau ketika itu sy tiada bersama dlm perjuangan
lipatan,lukisan,cerita sejarah sangat2 memberi kesan diri ini
akhirnya Si Penjajah kami lewati..

Merdeka..anak Merdeka
bagaimana masa kini kita?
haruskah kita berbangga lagi dengan nikmat yg semakin dihilangkan tangan kita sendiri
dimana kemerdekaan yang dulu kita megahi
Nama,pangkat,darjat yang dikejar2
hingga keikhlasan tiada lagi didiri..


Akhirnya..anak Merdeka berbalah sesama
Si Penjajah tersenyum kembali.


9julai 2011
8.15PM
Egypt












p/s lusa Final paper.Fighting! huhu (pastu blek msia ke?ehe abes kan dlu bru pk oke)

Saturday, June 18, 2011

al-kisah

a christian guy asked a muslim:
why do ur girls cover up their body and hair?

the muslim guy smile and got two sweets,he opened the first one and kept the other one closed.he thrown them both on the dusty floor
and asked the christian guy :
if i asked u to take one of the sweets which one u will choose??

the christian replied: the covered one.then the muslim said that's how we treat and see our woman.

Monday, June 6, 2011

siapa aku?aku dimana?

Jika hakikat Islam itu jauh dari pegangan aku yg mengakuinya,
Apatah lagi jika menjauh dari perlaksanaan seharian ku,
Jadi siapa?
yang akan menyeru kearahnya
juga bagaimana?
aku nak berbicara dengan dunia tentang hakikat sebenar2 Islam itu.











"Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang kafir"

Sunday, June 5, 2011

Ya Allah kuatkan hati ini


Ya Allah kuatkan hati ini,
moga sentiasa bersamaMu

Ya Allah kuatkan hati ini,
mohon jauhkanlah perasaan ini

Ya Allah kuatkan hati ini,
dari kesedihan ini

Ya Allah kuatkan hati ini,
tiada yg mahu begini

Ya Allah kuatkan hati ini,
kerna terkadang diri ini merasa sangat2 tidak mampu

Ya Allah kuatkan hati ini,
saya redha,jika ini yg terbaik

Ya Allah kuatkan hati ini,
sering sy buntu

Ya Allah kuatkan hati ini,
Sungguh Engkau Maha Mengetahuinya

Ya Allah kuatkan hati ini,
Sungguh Engkau Maha Segala2nya

Ya Allah kuatkan hati ini.
..kuatkan hati ini






p/s jeles dgn mereka yg 'kuat' menghadapinya ;-l





Wednesday, June 1, 2011

wahai Exam

esok start EXAM (2/6--11/7) dah.jujurnya kali ni kurang sikit last2 semangat nya.ntah kat mane silapnya huhu.Tp,itu bukan' wasilah' untuk buat sy tidak fokus.Sekuatnya sy akan beri yg sesungguhnya dan hadapinya EXAM kali ni sebaik-baiknya insyaAllah.Moga2 'pembelajaran' yg sy ketahui ini dpt 'memberi' pd diri jg pd semua.insyaAllah

mak.abah,family doakan abg,
kamu2 semua,sy mohon doanya.doa untuk sy juga sahabat2 yg lain


Ya ALLAH berikan kekuatan pd diri ini..
Ya Rabbi tiada sesuatu pun yg dtg melainkan dariMu atas kelemahan diri ini..
jadikan kami hamba yg berilmu,berjaya dn dpt memberi dgn ilmuMu pd 'dunia' untuk akhiratMu yg kekal..
permudahkan kami Ya Allah..Ya Rabbi







p/s mohon ampun dn maaf pd semua jika diri ad yg tidak menyenangkan..mohon doanya


Saturday, May 28, 2011

huh

balek2 jer dari solat isyak..dlm 915smpai semula rumah
terus masuk bilik..buat mcm xtau jer.kelihatan ahli2 bait tgh tgk tu..mmg dah niat tak kan tgk game malam ni..hm

entah.rasa mcm amik exam tekanan lagi xda dari pd hari ni..rasa lain jer huh
ketika taip ruangan ni..Game tuh sedang belangsung..masih buat2 mcm xtau..sy terima segalanya..

okla.sampai sini je..nak naik atas katil.nak cuba untuk tido.tp bole ker?huh..

selamat malam..hm

Friday, May 27, 2011

baru tadi

sedihnya..dah nangis dh
benda nila jadi 'peneman' selama ni jatuh..pecah;'(
xsengaja.mcm mane ntah tarik tuala telanggar...
terus xda mood malam ni..cuainya!
sayang bnda ni sgt..











-tp kan..dia mcm xsepatutnya pecah tau.sbb jatuh pd kwsan yg bkn terlalau keras..tp Entahlah

catatan rindu.


benar.memang susah...memang susah pada saya tapi awk tak perlu risau.saya adalah siapa yang awk pernah kenal.sy juga tak pernah nak 'ubah' siapa saya.atau harus saya sampai berpura-pura.

saya cuba 'beri' yang sebaiknya untuk awak dan senantiasa nakkan yang terbaik untuk awak.dan memang itu yang sesungguhnya saya cuba..

saya juga akur.bila awk pilih macam ni,Ini semestinya yang terbaik untuk awk.awk bukanlah seseorang yang melakukan tanpa bersebab.Itu awk yang saya kenal.
walau mungkin ini bukan sesuatu yang mudah untuk saya terima..InsyaAllah


Tapi,selagi mana itu yang 'terbaik' dan sangat baik buat awak..saya pasti nak melakukannya.

..walaupun hakikatnya awak semakin jauh ^_ (cool ejan) huhu


terima kasih atas pengalaman ini.


-kerana setiap bernama kerinduan Ada disebalik tirai nostalgia-

Wednesday, May 25, 2011

ting-ting


pengubat stress+tensen+pening2 huhu
bole cuba.
pastu bole senyum dh..;)

exam2 oh exam! mkin hampir suda huk2

Friday, May 20, 2011

saya cuba bercakap sendiri

apakah saya didunia ini?takutilah!
kerana setiap apa jua,dari sekecil-kecil sesuatu hinggalah
sebesar-besar sesuatu yg saya lakukan sudah ada 2penjaga yg diutus oleh-Nya
untuk merekod keadaan ini.ingat lah wahai diri ini..

tidakkan kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya
Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi
Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dia-lah yang keenamnya. Dan tiadak (pula) pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan
Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada.
Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Al-Mujaadilah:7)







p/s Exam dh dekat.semangat datanglahh

Wednesday, May 18, 2011

blur

Jika anda tidak boleh terbang,berlarilah.Jika anda tidak boleh berlari berjalanlah..
Jika anda tidak boleh berjalan, merangkaklah,tetapi walau apapun berlaku..teruslah bergerak.
Jadi jika sy terjatuh,sy akan bangun dan terus berjln.Mungkin sy bjln terdengkot2,tapi sy akn terus bjln.
Jangan BERHENTI..:)

-Heliza Helmi

Monday, May 16, 2011

jangan sekali

Daripada Anas b.Malik r.a beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda :

لا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ فَإِنْ كَانَ لا بُدَّ فَاعِلا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي - متفق عليه

Mafhumnya: “Janganlah salah seorang kamu menginginkan dan bercita-cita untuk mati disebabkan kesusahan yang menimpanya.Sekiranya dia terpaksa juga untuk berbuat demikian maka hendaklah dia berdoa"Ya Allah tetapkanlah kehidupanku sekiranya hidup ini lebih baik untuk aku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu lebih baik buatku.”

Saturday, May 14, 2011

19th league title!

akhirnya..
tak nak ckp byk kot.huhu.
tahniah kita2.he he

Wednesday, May 11, 2011

Lafaz

Andai saya mengerti pertemuan itu adalah perpisahan?

ikhlaskan pemergiannya.
doakan yg terbaik juga untuknya
yakinlah bahawa
sesuatu yang harus jika adanya
disitu kesedihan
kecewa
juga kesunyian
mahupun kehilangan

kembalilah kepada fitrah-Nya
sungguh semuanya berhikmah,
sesungguhnya semuanya pasti dgn kemampuan kita.
insyaAllah.

Tuesday, May 10, 2011

Lafaz Sakinah


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Saturday, May 7, 2011

e.m.a.k

mafhum Hadis
Dari Abu Hurairah beliau berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali? Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, Kemudian siapa lagi?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, Kemudian siapa lagi? Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali,Kemudian siapa lagi, Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’”


emak..
tiada ungkapan yang mampu abg gambarkan pd saat ini

emak..
bersyukur dan amat bersyukur abg punyai 'ratu' seakanmu

emak..
abg janji..abg janji akan cuba beri yg terbaik untuk emak,abah keluarga jg semua semampu abg

emak..
doakan abg yer

sungguh,pergorbanan mu tidak kan mampu abg balas..EMAK;(

ya Allah ya Rabbi pelihara Emak ku,berikan dia kesihatan kekuatan kemudahan kebaikan dunia akhirat.amiin..amiin


--hari2 hari ibu

Saturday, April 30, 2011

1+1=0


awk pergi..
sedang saya tengah bersemangat

awk pergi..
ketika saya yakin awklah orangnya

awk pergi..
disaat hati saya telah berjaya semua awk miliki

saya merindui
bohong,jika..
jika saya kata ini mudah.





Thursday, April 28, 2011

sepanjang Hidup.



Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu


Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu


Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi


Wednesday, April 27, 2011

mainan tido?

hari tu rasa dh okey dh.tp kali ia mendatangi lagi.
mimpi yg pelik2.mimpi buruk.hm..
harapanya tiada ape yg xbaik berlaku..
moga semuanya baik2 je.insyaAllah
ya Allah.mohon permudahkan urusan kami dan berikan ketenangan dlm alam pinjaman ini.ameen.ameenn

Tuesday, April 26, 2011

hambaMu

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa


Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Thursday, April 21, 2011

si kecil yg cuba berkata-kata

wahai akakku ** dimana(bagaimana) hijabmu?
lambang akan kesucian juga kemurnian
*****
tiada keindahan lain
fahamilah sesungguhnya akan syariatnya (hijab)

tiada yg ku mahu
melainkan
hanya,
kebaikan untukmu
***
hiasan bukannya sesuatu untuk memburukkan
juga bukan untuk merugikanmu

wahai akakku,
sungguh! fahamilah kebenaran ia dgn sebaik2nya
pasti hidupmu akan selalu manis
***
berbekalkan hanya kecantikan tiada yg kekal
kecantikan pekerti itulah yang kekal.

jangan terpedaya akan ketamadunan (fesyen)
wahai akakku,
sesunggunhnya! engkau adalah suci






Sunday, April 17, 2011

metafora puisi dusta

sorang2.
housemates semua balek kaherah.
huhu.bosan gak.senyap je rumah ni.

menu hari ini.

-roti
-sotong goreng (telur+ibu roti)
-timun
-sos cili jalen

















p/s fikiran melayang-layang (asik mengeluh jer.ish3)
fokus ejan.nak exam kan!..hm
doakan.

Thursday, April 14, 2011

masih bisakah

ya Allah,setelah sesungguhnya
ku serahkan urusan ini
hanya pada-Mu



حسبنا الله ونعم الوكيل
"cukuplah Allah
(menjadi penolong)
bg kami
dan Dia sebaik2 pelindung"

Wednesday, April 13, 2011

...

اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو عصمة أمرنا. اللهم أصلح لنا دنيانا التي فيها معاشنا. اللهم أصلح لنا آخرتنا التي إليها معادنا. اللهم اجعل الحياة زيادة لنا في كل خير. اللهم اجعل الموت راحة لنا من كل شر

Ya Allah, perbaikilah agama kami yang merupakan perisai hidup kami. Perbaikilah dunia kami kerana di sanalah kami hidup. Perbaikilah akhirat kami kerana ke sanalah kami akan kembali. Jadikanlah hidup kami di dunia ini sebagai tambahan kebaikan untuk kami dan jadikanlah kematian sebagai sarana istirahat kami dari pelbagai keburukan.

Monday, April 11, 2011

perlahan2 ia datang

18/6??
itulah tarikh yang acapkali kedengaran skng ni.
ada juga doc yg telepas menyebutnya.
walaupun ianya bukanlah yg resmi
tp
dgn petanda ini,bolehla kiranya
diri bersiap lebih awal.
kerna..
terlalu byk lagi n terlalu perlu lagi
persiapan untuk menghadapinya..
moga2.diri ini selalu beringat..
n
tidak alpa dgn yg sepatutnya.
doakan saya.
oh EXAM!

Sunday, April 10, 2011

doakan yg terbaik untuk awk

hm.baru rasa dpt menarik nafas lega.tp mcm sekejap.
mgkinkah?mimpi2 yg kurang baik beberapa hri.itu petandanya?
sy xtau ;(

Ya Allah,mudahkan urusannya.beri kekuatan,kesihatan jg yg tbaik untuknya.
saya tiada memohon lain untuk ini.hanya untuknya.










-mood sgt2 xbaik.wslm

lazimilah mendekati-Nya

tiada yg sempurana..
perfect?..
terlalu yakin amalan perbuatanya?..
esok masih ada untuk diri?

memohon redha-Nya







"Dan bersegerahlah kamu
mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan
syurga yang luasnya seluas langit
dan bumi yang disediakan bagi orang2
yang bertakwa"

(Surah Al-Imran :133)



"katakanlah, Wahai hamba2-Ku yg melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri ! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat
Allah.Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa2 semuanya.Sungguh,Dialah
Yang Maha Pengampun,Maha penyayang"

(Surah Az-Zumar :53)
















Monday, March 28, 2011

rindu akan memanggilmu?

nak tido sebenarnya dh ni.tp saje jap.hm..mmg awl lagi pun baru kul 10.18pm
saje tdi.belek2 email sambil delete ape yg dh xperlu kan.

tgk-belek-delete pastu tnmpak lak email bertarikh (Sunday, 2 November, 2008 12:34 AM )
hm skng dh 2011.lame dh gak kn.mcm2 dh berlaku kot ;-)

berdiam?perlu ke tunggu lagi?atau lupakan shj?..dia dh xkesah kot.dia dh xnak amik tahu kot.
(awk tahu ker?mcm mne sy cuba laluinya mcm xda apa2 berlaku.sy cuba buat biasa)ssh gak tau.huhu.berat.seakan sy tgh 'berlakon' dalam hari2 yg sy lalui skng ni(^_

berbalik pd email tdi.actualy email tu dia hantar lagu.tajuk Di mana kan ku cari ganti by P.Ramlee ;)

xda ape la.saje jer ni.berangan jap.aha!.gud nite semua..ZzZzzz~


Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Friday, March 25, 2011

bermuhasabah diri

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أثقل صلاة على المنافقين : صلاة العشاء وصلاة الفجر ، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوا

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. Bersabda:

” Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ Dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak".

Tuesday, March 22, 2011

Tiada akan pernah mungkin bersyarat

demi nama nya
telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
karna demi nya
telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
sebab kumengerti


andai saja bisa kau fahami.

Thursday, March 17, 2011

PART-PART

kesedihan

Fitrah manusia untuk akan menghadapinya jg mungkin tiada yg terkecuali..
ia boleh dilihat atau dirasai dlm ape jua situasi kan..seharian kita atau sehidupan kita
malah org yg melihat org sedih pn bole rasa perasaan tu tau.huhu.

Jadi,bagi mereka2 diluar sana.didalam sana.jgn smpai 'ketaksuban' kita pd perasaan ini akan smpai 'merosakan'.kita bole untuk sedih,menangis itu masih waras..nagislah,sedihla.Cuma yg lebih perlu bagaimana kita 'bangun' selepas semua itu.percayala kita akan dinobatkan sbg 'pemenang' selepas kita berjaya hadapinya.atau kita hanya mahu di gelar 'loser' selama2nya??..anda berhak memilih.

Benar,bukan mudah...


..tak ada orang yg waras kt dunia ni boleh tersenyum atau bersorak kegembiraan (buat party 7hari7malam ker) bila mereka 'hilang' atau 'pergi' sesuatu yg meraka rindu ker.syg ker.cinta ke kasih kn..xada! mmg xada!

Semua akui..sy,awk,dia,mereka.semua2nya yg kita ada HATI dan jg PERASAAN kan..tp sejauh mana kita mengakuinya dlm tindakbalas kita disaat memberi dan menerimanya?..adakah kita jalaninya dgn sebaiknya?..;)


sampailah selepas...

nnti mereka beperasangka cth..'kenapa dia nak terima awlnya tp akhirnya dia nak pergi?..'kalau sy tahu benda ni akhirnya pasti sy xkan mulakanya,sy sedih sgt sy xbole hilang dia;(

atau..

'sy menyesal xberi sepenuhnya pd dia'..'nyesal xbuat yg tbaik haritu'...'ahh.tahu kita xyah menyerang sagt.plyer dia laju2.kita xleh nak imbangi mereka',kan dh kalah..

atau ape2 pn..selepasnya


Tapi percayalah,Menyalahkan situasi..keadaan apatah lagi TAKDIR bukanlah kite selayaknya.kita xlayak langsung..Redholah


bangkit.bangun,berdiri semula..Mohon pada-Nya.kuatkan semangat.pasti kita akan berjaya..



Jika pun bukan hari ini dia 'sedar' kesungguhan kita.keikhlasan kita.mungkin suatu hari nnti ade..(^_

jika tiada pun.'memberi' pd yg menghargai mungkin lebih baik.

Saya dan Awak tahu tapi Dia Maha Mengetahui


dah2.siap2 gi kuliah..jgn sedih2 lagi.xbaik.aha.nnti sy smbng lagi ea.part lain..ni pn dh melalut jauh..PEACE!! ;P

Saturday, March 12, 2011

alhamdulilah.

saya merancang.Sesungguhnya Dia MAHA merancang dan juga segala2nya

-11/03/2011..jumaat..0300..KLIA-KUWAIT-CAIRO (berlepas)

-11/03/2011..jumaat..1400 (2000 waktu msia) (tiba)



p/s terasa ptg smlm baru jer main futsal kt rumah.hari ni dh ade kt cairo.yg beribu2 batu tu.
Sesungguhnya Maha Segala2 BagiNya.

Mohon doa dari semua.moga dipermudahkan segala urusan disni.dan dberi sepenuh kekuatan untuk Amanah ini.insyaAllah.
ameen..ameen.Ameen




FIGHTING !!!



Friday, February 25, 2011

akan sesungguhnya

Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu adalah
tidak menyenangkan bagimu,Tetapi bole jadi kamu tidak menyenangi sesuatu
padahal itu baik bagimu,dan bole jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu,
padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu
tidak mengetahui.


(Surah Al-Baqarah :216)

Thursday, February 24, 2011

Tiada Duka Yang Abadi


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Wednesday, February 16, 2011

terlalu jujur untuk duniamu

kau hadir tanpa diundang
kadang-kala ku tak sedar hadirmu
Aku..
terkapai-kapai mencari yg tak pasti
padahal kau sentiasa didepan mata
kau hadir dimana-mana
..bersamaku sentiasa
tapi aku sibuk mencari dan menanti

padahal kau sentiasa didepan mata



by Gadis Semasa Sunsilk

Monday, February 14, 2011

revolusi

EGYPT
__

JEDDAH

__

MALAYSIA


huhh.mmg xpernah terlintas akan pulang semula dlm waktu yg mengejut mcm ni.tp ini adalah Perancangan-Nya.insyaAllah ada hikmah atas segalanya.


sepertinya semua tahu.apa yg telah berlaku dEgypt dn jg sdg berlaku.
diri terus berdoa moga ianya hnya sementara.dan akan kembali pd asalnya.

"Kebenaran hanya 'Satu' tiada yg selain nya
..kebenaran tetap kebanaran"



Ya Allah,Ya Tuhanku bantulah diri ini dlm mencari redha-Mu
jg dlm memperbaiki diri ini
yg penuh serba kekurangan
agar sentiasa dlm
lindungan rahmat-Mu
aminn..Aminn







Saturday, January 22, 2011

berakhir untuk Fasa Pertama ini

...ape pun segalanya.Segala Puji Bagi-Nya.Alhamdulilah

walaupun paper last tdi rasa mcm nk menangis lak ;(..ntahla.tetiba rasa 'kaku' 'blur'
mak..abah doakan abg yer.

mohon doa dr semua.

takut+berharap







p/s Shah Rizan jgn lupe lancarkan al-Quran anda yer.cuti2 jugak tp jgn lupe semuanya.
-perlu fokus yg lebih lg tuk Exam Fasa Kedua nnti.
wajib!!

Wednesday, January 19, 2011

m.i.m.p.i kah?


sedang tidur..

disuatu tmpat (mcm cafe ke kantin ke)..sdg membeli 2bji kuih satu donut satu pau sambal.bungkus.tetiba..

ditegur sorang kwn di suatu meja lain.."wah mcm sedap jer kuih tuh..aa sedap kot (smbil mjwp dn duduk didepannya)..

dia terus mgmbil bungkusan kuih tu(dgn selamba dan meletakan disisinya)..dlm hati terdetik "weh aku xmkan lgi la)...

hanya mampu bedetik..huhu


tersedar dri tdo..Allah

jam menunjukan 0430
bersiap2 tuk ke masjid (solat subuh)

Tuesday, January 11, 2011

monolog itu

kelihatan di suatu sudut..

sy suka kt awk
malah..
mungkin lebih dari suka
awk tau ker?

tp awk xperlu risau.sbb sy dh janji
..jnji kt diri sy
sy xakan gngu milik org
ataupun
ape yg awk dh ade.
atau
yg awk dh suke
atau apa yg awk dh ade yg mungkin lebih dr suke
;)
sy jnji awk.

Monday, January 3, 2011

january04

selamat hari lahir
semoga-semoga senantiasa dpanjang dan dberkati umur
dmurah rezeki
dberi kekuatan dan ketetapan iman
juga kesenangan dunia akhirat
dsamping
meraih segala apa yg dhajati
insyaAllah.
aminn
aminn
aminn







"hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna..byk yg perlu dikorbankan,byk juga yg terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,usah di gusar pd anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan.."

Saturday, January 1, 2011

-2011-


Selamat thn baru
Moga ia lebih baik kali ini
..membaiki yg kurang
..menambahkan yg sedia ada.
moga dpanjangkan umur dmurahkan rezeki
dberi kesenangan dunia akhirat
dkuatkan serta dtetapkan iman..
Aminn
..aminn