Monday, December 24, 2012

Mati tak bersyarat


Friday, December 14, 2012

mempertahankan lagi sukar kot huhu

sedih.tak mampu nk di gambarkan dgn kata2 huhu
Ala kuli hal tiada siapa yg nak kalah kan
 :)
bkn Rezeki kita kali ni
InshaAllah..cuba lagi nnti.Fighting! :)











Friday, December 7, 2012

=)






Siapakah 'Beliau'??

Kisah ini mgkin  menjelaskan segala-galanya (mgkin ad byk lagi)..

Mafhum Hadis

1- A man came to the Prophet and said, ‘O Messenger of God! Who among the people is the most worthy of my good

companionship? The Prophet said: Your mother. The man said, ‘Then who?' The Prophet said: Then your mother. The man

further asked, ‘Then who?' The Prophet said: Then your mother. The man asked again, ‘Then who?' The Prophet said:

Then your father.
(Bukhari, Muslim)


2-Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta

pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”

Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”



*--Serendah atau setinggi manapun kita berada, jgn pernah sesekali membiar-jauhkan beliau.Tidak ada satu istilah pn

yg mampu-boleh mengambarkan berapa besarnya beliau hingga kita ada sekarang.Yang lagi PASTI kita takkan mampu

membayar segala pengorbanannya hatta berapa pjg hidup ini.

Percayalah..
Beliau tak mengharapkan apa pun cukuplah sekadar kita sentiasa hampir dgnnya.ada untuk nya.Sebelum terlambat Jaga/Hargai dia sebaiknya!


Emak,Abg syg emak..:)

Ya Allah jagakan dia..

Friday, November 30, 2012

dapur jumaat

hmm lama rasanyer mak jemah xda keluaran masak memasak ni kan n lame gak tak bercoloteh-bebel ni kot.haha.so sempena hri jumaat ni 'saidul ayyam' Penghulu segala hari.rasa nak kuar kan satu menu bujang lagi.yg xbpe spesial pn tp bole la tuk yg suke kan terdesak2 malas2 simple2 haha.Sollu alan nabi..!

hm so sbb hrini hr jmmt menuya dinamakan "Mee goreng Jumaat" jerla.nme pn xnmpak sedapnye kn.haha.sebat jerla.ok jum! ke dapur..

so antara bahan2nya

1-Mee mesti la kan (tp mak jemah gne spagetti sepeket je)
2-Lada kering n solso sedikit (ikutla nak pedas mne korang)*
3-1 stgh biji bwng merah*
4-7biji bwng putih*
5-Sayuran (mak jemah gne sawi je kot.simple haha)
6-telur
6-sikit udang kering * #
7-sikit ikan bili* #
8-sikit sos tiram* #
9-sikit kicap* #

-bahan tanda # tu mak jemah gne sbb selongkar2 kt almri dapur ade so campak2kan jer haha

cara memasak

-blender jer semua bahan tanda * tu (senang citer haha)
-panas minyak kuali
-tumis bahan2 tanda*# sebaiknya sehingga memuaskan hati korang
-pas agak dh ok.pecah telur tdi.n kacau shngga ok.n kecik kan api tuk sesi masukkan mee
-kacau/gaul hngga sebati bhan tumisan ngn mee
-siap dh kot "Mee goreng Jumaat" mak jemah .haha kbai :p



eh eh jap sebelum tu nak cuba cuba la.tp xsesedap mane la.haha bye-bye!




Thursday, November 15, 2012

Cinta Dunia vs Cinta Allah


Umumnya bila kita kata kita sayang/cinta kat seseorang tu kita akan cuba menzahirkannya dgn sebaik2nya tak kira lah dalam bentuk ucapan ke tulisan ke atau bebentuk hadiah mgkin atau jg apa2lah yg setidak2nya 'bukti cinta' pd dia.mcm ayt 'Awak kata awk syg/cinta sy kan? buktinya?hehe :)

mcm tu jugakla kita kena tunjukkan 'bukti cinta' kita sebagai hamba pada Sang Pencipta kan?kita kena 'set' kt kepala Allah tak halang kita nak buat ape jugak selagi benda tu boleh disisi-Nya buatlah.rasailah.hayatilah.nikmatilah silakan..

tp jgn pernah lupa Fitrah kenapa kita diciptakan?sbg mengaku hamba apa tugasnya hamba pd pencipta-Nya?

"'Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."' -Hadis


dan akhirnya bila terjadi kisah 'cinta tidak berbalas' dr pasangan kita pasti tak sedikit akan merasa sedih kecewa menangis dlm toilet ker bwh bantal ker seolah2 mcm istilah 'dunia ini gelap tanpamu syg' 'tanpamu hidupku sebatangkara' dn mcm2 lah lagi versinya kot.

jdi mcm mcm plak situasi nnti Allah tak balas cinta kita?Allah tak kenal kita??





-belum terlambat.Hidup adalah Anugerah.Fighting!


Damieeta Egypt 1326





Wednesday, November 14, 2012

1434!!

Salam Maal Hijrah 1434 semua.Maaf salah silap selama ni yek.Doa sama2 moga kita dikurniakan kebaikan didunia juga diakhirat serta disatukan di Syurga Allah kelak.

اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار 
Allahuma aameen.





-jgn pernah penat untuk menjadi baik baik dan baik.Fighting!! :)

Friday, October 19, 2012

**Pahlawan Syurga**


"Ya Ghulam,mahukah kau mendengar beberapa kalimat yg sangat berguna?tanya Rasulullah kpd seorang pemuda.Jagalah (ajaran) Allah,nescaya kamu akan mendapati Dia selalu menjagamu.Jagalah (larangan) Allah maka kamu akan mendapati Dia selalu dekat dihadapanmu."

"Kenali Allah pd waktu senangmu,maka Allah akan mengenalimu pd waktu susahmu.Bila kamu meminta,mintalah kepada-Nya.Jika kamu perlu pertolongan,mohonlah kepada-Nya.Semua perkara sudah tertulis."


(Antara doa Baginda kepadanya) 'Ya Allah.berilah dia kemahiran (faqih) dlm agama-Mu dan ajarilah dia tafsir kitab-Mu.'



---Pemuda yg beruntung itu adalah Abdullah bin Abbas atau Ibn Abbas.




-Abdullah lahir tiga tahun sblm Rasulullah berhijrah.Ketika baginda wafat,umurnya baru mencecah 13 tahun.Rasulullah kerap meluangkan masa dan bergurau senda dgn Ibn Abbas dan rakan yg hampir dgn umurnya termasuk Ali bin Abi Talib jga Usamah bin Zaid.Walaupun bersedih dgn kewafatan Baginda.Ibn Abbas meneruskan semangat jihadnya dgn melakukan pemburuan ilmu.

Saturday, August 18, 2012

diakhir-akhirnya


Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Al-baqarah:183

-Moga-moga di akhir2 perjalanan puasa kite ini  ia akan dpt lebih memupuk/menguatkan 'keimanan' kita pada-Nya  supaya tgolong dalam mereka2 yg 'bertakqwa' yg dijanjikan-Nya agar  istiqomah dihari2 seterusnya mendatang..Allahuma aameen


Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".

Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".


-Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami :l


Monday, August 6, 2012

Alhamdulillah

semasa berbuka tdi..mendapat perkabaran gembira dr sahabat2 dipelembahan nil..
sujud syukur atas-Nya..
Alhamdulillah kelegaan yang mengubat kerisauan :)
Mungkin juga hadiah yg manis dihari kelahiran ini..Alhamdulillah

-Moga istiQomah dlm perjalanan menuju-Nya aAmeen.



Tuesday, July 31, 2012

Hm

jika boleh memilih..aku lebih memilih untuk tidak pernah mengenal kamu daripada terpaksa melupakan kamu.

Friday, July 27, 2012

Harapan Ramadhan.

Kesempatan bertemu anugerah dari-Nya diluar batasan kemampuan.
Bertamu Ramadhan lagi syukuri atas limpahan karuniaan.
Usah sia-siakan.
Usah rugikan.




Malaysia.1641

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Kareem.

Tiap kali Ramadhan sy mesti ingat awk,sebab awak tahu juga kot pada bulan mulia ni lah dengan izin-Nya saya dpt kenal awak kn.Tp peristiwa tu semakin hari semakin jauh,mungkin juga awak dah tak pernah ingat,kan?huhu tak per its ok.biarlah sy ingat sorang2 pn tak per haha.Saya percaya dengan takdir-Nya n sy akan terus kuat inshaAllah :p.Semoga semuanya baik-baik jer untuk awk saya dan semuanya sekali.Aameen...-Ya Allah berkatilah kami pd bulan yg mulia ini.

Monday, June 25, 2012

tidak mampu?

....

Hilangnya perasaan ini dengan perginya dia,Walaupun mmg mustahil untuk ia akan kembali,cuma yang pasti kasih itu tidak pernah hilang.

Maafkan saya,bukan berlagak atau terlalu ego..cuma saat ini memang tidak memirkirkan dan tidak mampu lagi.

Hanya Tuhan yang Mengetahui bagaimana apa perasaan ini,

Sekarang hanya memilih berserah diri pada-Nya,belajar mengenal diri,membaiki diri,dan berusaha menjadikan baik (sebab selalu jelous dgn org2 yg baik) =)

Jika diri ini tak mampu untuk memberi (menyenangkan) pd orang Berusaha untuk tidak sampai menyusahkan orang

Mahu menatap hari-hari mendatang dgn senyum..senyum n senyuman ^_

Sekarang Esok Lusa dan seterusnya tidak mampu diduga..bila2 masa mata ini mampu tertutup dgn panggilan-Nya

saya rindukan kamu.


~suatu kisah









Wednesday, June 6, 2012

dapur mak jemah.

untuk Episod kali ini menu masih seperti biasa bertemakan 'malas+simple+bujang' hehe..so apakah menu yg akan sy tunjuk pd adik2 akak2 abg2 mak2 bapak2 semua..? jom!

kisah bermula di pg hari (sarapan kan penting so sy cbe amalkannya jgn smpai xmakan)..selalu sarapan biasa2 jer xperlu kan gerak badan just mkn mcm roti ker mknn yg dh siap xperlu disediakan tp tadi pg mcm kunun2 rajin sikit kot..huhu

so bermulalah ketuk2 kuali didapur..

1)Bahan2
-sebungkus spaghetti 
-satu tin tuna@sardine
-sedikit lada kering (xperlu pedas sgt mknn ni xbpe nk cool tp ikutla masing2 kn)*
-sedikit tomato puri (solso)
-7biju bawang putih*
-2bji bawang besar dipotong dadu (byk2 pn ok)
-5biji tomato dipotong dadu (byk2 pn ok)
-minyak n periuk@kuali

(dah tu jer mudah kan?huhu)

2)Cara menyediakan pula
-rebus spaghetii tdi sehingga mjadi spaghetti (mengikut kepakaran masing2 la) hoho
-buka tin tuna@sardine tdi dn asingkan dgn airnya
-blender bahan yg bertanda (*) sehinga ok
-panaskan kuali@periuk dn tumislah bahan2 btanda (*) tdi sehingga harum (cewah) haha
-pastu msuk kan (solso)+masukkan sardin+bawang dadu td n tabur gak tomato dadu tdi.SIAP!!..
-eh sedikit garam jgn lupe..^_

Ini lah hasilnya..TadaaAA~


ia diberi nama "Spaghetti Tunae" (seriusS sedap kot,sehingga menjilat sudu)..Selamat mencuba! babai huu ^_





Wednesday, May 23, 2012

Tarbiyah kehidupan

Ketahuilah..
kehidupan hanya untuk Sang Pencipta
perhalusi asbab diri dicipta

segala-gala hanya pinjaman
segala-gala akan dipertimbang

jika jatuh,Bangkitlah
jika lemah,Kuatlah
jika salah,Baikilah
kasihkan diri
jgn biar ia mati


setinggi mana pun
serendah sekali pun
antara SYURGA NERAKA
natijah akhirnya...


-Egypt 11.16 PM

p/s- tepandang tulisan shaykh al-Albani (rahimahullah) katanya :

'Jalan-jalan menuju Allah itu panjang/luas,kepergian kita persis seekor kura-kura,Bukanlah matlamat untuk sampai diakhir titik jalan itu Tetapi tidak lain sesungguhnya matlamat untuk mati dijalan itu! :) 



Thursday, May 17, 2012

Ego lagi??

kisah diambil dari sini..


إشتكى رجل في الخمسين من عمره بوجع شديد في قلبه
فذهب إلى الطبيب ليستشيره عن السبب
وبعد الكشف عليه أخبره الدكتور أنه يحتاج لعملية جراحية عاجلة تكلفتها 50 ألف دولار .
فبكى الرجل بكاءا شديدا
قال له الدكتور : سوف نحاول تخفيض التكلفة ومن الممكن التنازل عن أجري أيضا فلا تبكي .
فقال له الرجل أنا لا أبكي على التكلفة . 
فاندهش الدكتور وقال : لماذا تبكي إذن ؟؟

قال : أبكي لإن قلبي ظل سليما طيلة حياتي . ولم يسألني الله أبدا عن ثمن ذلك .
لا إله إلا الله محمد رسول الله
اللهم أعنا على طاعتك .


(TERJEMAHAN)




Al-kisah..
Seorang lelaki dlm lingkungan umur 50th disyaki mghidap pyakit hati yg teruk.Beliau pergi berjumpa doc dan setelah diperiksa doc memberitahu kos untuk pembedahan segera adalah rm50 000.
Terus menangis lelaki itu dgn kuatnya..lalu berkata,

Doc:jgnlah menangis aku akan cuba mgurangkan kos ini.

Lelaki:Wahai doc aku bukan menangis disebabkan mahalnya kos pembedahan ini.

Doc:abes?mengapa kau menangis (doc hairan)

Lelaki:Aku menangisi kerana,sepanjang aku hidup dikurniakan hati yg baik ini Allah tidak pernah sekalipun meminta harga akannya :(

Allah..:(

Thursday, May 3, 2012

Pagi Yang Terang

Embun-embun sedang menemani
dikala permulaan pagi
mewarnai keindahan hari
bersama harapan-harapan ini.

Sunday, April 22, 2012

mimpiku

Hari ini esok belum pasti,
pelajari sambil memberi,

tabahlah,
kuatlah,

jika benar keikhlasan,
penghargaan bukan carian,

melihat Islam diatasan,
sempurnalah impian.



-1300
Egypt

Thursday, April 19, 2012

segala pujian bg Allah,Tuhan sekalian alam.

usia yang muda 
bukanlah bererti 
kamu masih terlalu mentah 
untuk mendalami ilmu Allah.


-jgn tunggu jgn malu
Egypt.4.17ptg

Saturday, April 14, 2012

merindui KekasihMu Ya Allah.

sedang duduk menunggu pesanan menu sampai td..terdengar suatu hadis yg kerap sgt didengar diucapkan dikaca sebuah channel tv..
"إنما بعثت لإتمم مكارم الاخلاق" قول رسول الله صلى الله
mafhumnya:“Sesungguhnya aku (Nabi Muhammad SAW) telah diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”

seiring perjalanan pulang,hadis itu terngiang2 di benak fikiran..dan diri sendiri tertanya

Bagaimana saya?Sejauhmana saya? seharian sy dalam mengikuti mengidolai memahami acara Beliau yg keterangannya sgt lagi nyata dan jelas..dlm kehidupan,langkahan atau segala jua aspek kn.

semua orang mengimpikan menjadi baik dari suatu detik ke suatu saat..suatu saat ke suatu ketika dan seterusnya2 tp sekuat mana Teori mereka untuk memPraktikalkannya.
Beliau adalah sebaik2 ciptaan,tauladan yg sesungguhnya! Akhlah Beliau Akhlak Al-Quran,Pemegang Shafaat nnti! Beliau pembela diMasyar nnti :(. Allah

Ya Allah,ku mohon kurniaanMu dlm menelusi dan menyusuri kefahaman (Sunnah2) bawaan kekasihMu Muhammad SAW. dlm seharian ku langkahan ku juga kehidupan ku dlm mencari RedhaMu :l

pimpini kami ya Allah kedua ibu bapaku adikberadiku keluargaku sanak saudaraku kerabatku sahabat2ku saudara2ku dan seluruhnya dlm menanti Akhirat yg kekal selamanya..Ya Allah

اللهم صلي و سلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين

-muhasabah mengenal diri

nilai sebuah..

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA



harga sekuntum Cinta
-ito lara

Thursday, April 5, 2012

tercipta.

berulang kali ku mencuba
memujuk hati 
lupakan semua 
kenangan..
Namun.









Wednesday, March 21, 2012

Ku Jaga Hati Ini

Ya Allah Kau berikan cinta dalam hati
sebagai satu nikmat yang telah Kau beri
ku sadari kasih-Mu Illahi
mewarnai jiwa ini dengan cinta suci

hingga suatu saat Engkau mempertemukan ku
dengan satu bukti atas kuasa-Mu
dan kau hadirkan seorang pilihan
ikhtiarku kuserahkan kepadamu Tuhan

kan ku jaga hati ini
dari segala dosa
hingga sampai saat nnti
ada ikatan suci

doa untukmu selalu
disepanjang hidupku
hingga suatu hari Tuhan
menitipkan engkau kepadaku


-kumpulan Syahada






p/s -Moga diri ini terus kuat -cuba untuk membaiki diri dri hari ke hari -semalam sudah berakhir,amik yg baik perbaiki yg kurang,Hari ini dan Esok hadapinya dgn berhati2.Ya Allah bantu hamba MU yg hina ini :l..ameen

thanks pd org yg share lagu ni :)

Thursday, March 15, 2012

cara saya

saya tak suka sy diam
saya suka pn sy diam
maaf.





-masih belajar untuk cuba faham perangai orang.macam2

Thursday, March 8, 2012

selamat hari Wanita (IWD)

MARCH 8 

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin Ash RA, bahwasanya Rasulullah SAW pernah bersabda: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah Wanita solehah”. 
-Riwayat Muslim

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Telah bersabda Rasulullah SAW: “Berwasiatlah kalian terhadap para Wanita dengan wasiat yang baik. Sesungguhnya Wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atasnya. Oleh karena itu jika kamu meluruskannya dengan paksa maka kamu akan mematahkannya, akan tetapi jika kamu biarkan maka ia akan tetap bengkok, maka berwasiatlah kamu terhadap para Wanita dengan wasiat yang baik”.(متفق عليه) 
-Riwayat Bukhari&Muslim


"...Dan bergaullah dengan mereka (Wanita) secara patut... 
-An Nisaa:19









Saturday, March 3, 2012

Doa Belajar oleh Imam al-Haddad


نية الامام الحداد
( عند حضور مجلس علم أو عند مطالعه أي كتاب)
الحمد لله رب العالمين ...
نَوَيْتُ التَّعَلُّمَ وَالتَّعْلِيْمَ, وَالتَّذَكُّرَ وَالتَّذْكِيْر,َ وَالنّفْعَ وَالإنْتِفَاعَ, وَالإفَادَةَ وَالإسْتِفَادَةَ, وَالحَثَّ عَلَى التَمَسُّكِ بِكِتَابِ اللهِ, وَبِسُنَّةِ رَسُوْلِ الله صلى الله عليه وسلَّم,
وَالدُّعَآءَ إلى الهُدَى و الدَّلاَلَةَ علَى الخَيْر,ِ إبْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ  وَمَرْضَاتِهِ وَقُرْبِهِ وَثَوَابِهِ ...
سبحانه وتعالى







"Aku niatkan untuk belajar dan mengajar,
mengambil dan memberi peringatan,
mengambil dan memberi manfa'at,
mengambil faedah dan memberi faedah,
berpegang teguh pada Kitab Allah
dan sunnah Rasulullah SAW,
menyeru kepada petunjuk,
menunjuk ke arah kebaikan,
menuntut dan mencari keredhaan Allah,
mendekatkan diri dan mendapatkan balasan dari-Nya

Thursday, February 23, 2012

Allahu Rabbi

..berakhir segala apa yang kita lewati dari kehidupan dunia kepada tujuan yg Tunggal iaitu berjumpa dengan Allah..

..Akan datang suatu saat bibir kita tak bisa lagi bergetar menyebut nama Allah,disaat itu kita diturunkan kedalam kubur,wajah kita dibuka dan diciumkan pada tembok kubur lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan semua kerabat..

"Disaat itu tidak ada kekasih,Disaat itu tidak ada jawatan,Disaat itu tidak ada harta.."

Disaat itu Beruntunglah mereka Yang berzikir yang mengingat Allah dan Allah mengingatnya,Yang merindukan Allah dan Allah merindukannya

Allah masih terus bersabar,Yang di tunggu adalah hamba pendosa,hamba yang hina..

..dan akan berakhir sebagai bangkai makanan-makanan haiwan didalam tanah Menanti hambaNya memohon Taubat,Dialah Yang Maha Baik Dialah Yang Maha Mulia

Setelah kita diberi Kehidupan diberi Jasad lantas Allah meminjamkan pula Dunia ini berserta isinnya meminjamkan Matahari meminjamkan Bulan meminjamkan Daratan meminjamkan Haiwan dan Tumbuhan meminjamkan Air dan Lautan yang kesemuanya adalah Milik Allah ..kita tidak menyewanya tidak pula membelinya tidak pula berdoa untuk meminjamnya,Allah yang memberinya sebelum kita meminta..

Sedemikian luasnya Rahmat Illahi dan Kasih Sayang yang melebihi semua kasing2 sayang.

..Jangan tahan lidahmu menyebut Nama Allah Jangan berat menyebut Nama Allah..Dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut Nama Allah?..



-AL HABIB MUNZIR AL MUSAWA

Thursday, February 16, 2012

ingatkan aku

seringkali lupa
seringkali terjatuh

saya takkan pernah malu untuk bermula
saya takkan pernah malu untuk bangun semula







-damieeta

Tuesday, February 14, 2012

wHy

iyer,mungkin dia melakukan dengan alasan
begitu,sy juga ade alasan untuk bertanya..
Mengapa?




damieeta,Egypt
1146

Sunday, February 12, 2012

misi dan cuti

Assalamualaikum wbt

-4&5 Feb 2012

diserapkan dlm skuad KERANG FC untuk kejohanan jemputan Futsal 6sebelah Wilayah 2012 (KIWI).Berlangsung selama 2hari bertempat di Nadi Zahra' Hayyu Asir.12pasukan berentap atas tiket nama negeri,muhafazah jga persendirian.Kejohanan belangsung secara liga 2kumpulan,yg mana 4pasukan terbaik dari kedua2 kumpulan akan layak ke suku akhir bedasarkan point dan seterusnya ke peringkat kalah mati hingga Final.

Al-Hamdulillah tanpa diduga ,kejayaan berpihak untuk kami.Berjaya melangkah ke Final seterusnya dinobatkan juara untuk julang kalinya kejohanan ini diadakan.kami JUARA! haha.Al-Hamdulillah :p


-sekalung tahniah pd semua yg terlibat.
-terus balek kena pakai Fair&Lovely








-9 Feb 2012
berjalan melihat mentafsir (Dream Park Cairo)


Tak berani try yg tinggi2 tu.Safety dia kurang.haha (alasan! padahal takut) :p


















-tamat misi dan cuti.Bersiap untuk kuliah yg akan dibuka pula.
wassalam

p/s sebelum2 peristiwa ni berlaku ada yg menyedihkan.hp hilang.tercicir kot mse otw cairo.sedih.mgkin itu bkn rezeki sy.byk cntc n brg peribadi dlm tuh :(



Wednesday, February 1, 2012

keاخلاصan


Keikhlasan itu jangan ditunggu..
Keikhlasan itu perlu dicari.
kerna dengan mencari
Ia mampu melatih..
IKHLAS
egypt
2150

Sunday, January 29, 2012

cinta harus memiliki


Saturday, January 21, 2012

Allahu Akbar

alam ciptaanNya
memanggil diri untuk bertanya
...sejauhmana?
aku dengan NYA.




-damieeta,egypt

...

It’s so hard to explain
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside

......

Friday, January 13, 2012

huujann.

haruman Hujan di pagi hari
meninggalkan erti
untuk disyukuri
hanya untuk-Nya segala puji-puji.

Friday, January 6, 2012

keterasaan

Al-Hamdulillah
hari ini sy cukup 'terasa' dengan orang tuh.huhu.terima kasih! terima kasih! terima kasih!..nak say byk2 actually...huhu terimaaaa kassihhh!

sesuatu yang kadang2 kita tak sedar...'kita tak berniat jahat pun n dia pun tak berniat jahat pun'..tp ia mampu smpai.
'kesensitifan' itu mengingatkan saya
maafkan saya :-)

banyak benda lagi sy perlu belajar..inshaAllah


-moga terus fokus untuk paper 9hb ni.fighting!







p/s -janji pd diri sndri n Allah

Wednesday, January 4, 2012

heh

diam ku
bukan bisu.




p/s selamat hr lahir!

Monday, January 2, 2012

السلام عليكم

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita
 
 Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu.
 
 
 
 
-Salam 2012! semua.
Moga2 kite sama2 terus mengingatkan diri
untuk bisa jadi baik dri sebelumnya jga untuk seterus2nya kn.
InshaAllah.
FIGHTING dua kosong satu dua!! (^_



p/s mcm tbyg2 lagi satu ungkapan drinya..'yg dia akan sentiasa berada walau apapun yg berlaku dihadapan.tetapi?..hm dh2 cukup! noktah pls aha bye :p