Friday, September 25, 2009

mmmm...ulala

-'3hari'

-22,23,24/09/2009

-tue/wed/thu

-syawal 03,04,05/1430 H


...'hormati' dan sentiasa cuba 'menghormati' nya.



Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDILFITRI


..maaf zahir & batin

mohon ampun dan maaf jika sekiranya diri ini ada melakukan ape jua kesilapan dan kesalahan samada yg disedari mahunpun tidak.

Moga2 Syawal kali ini akan membawa erti yg terbaik pada semua.Insyallah











p/s -terasa suatu 'kehilangan' pula..em

singgah sebentar~

TELAH KU TINGGALKAN
MEMORI SILAMKU ITU
TIDAK KU BIARKAN
HIDUPKU DIBELIT PILU
WALAU DUKA MENAMPAR DADA
WALAU SEPI MENCALAR HATI
RINDUKU TERHENTI

KU PINGGIRKAN SAYU
YANG MERUNDUNG KALBUKU
KASIH DULU KU BIAR BERLALU
KU PINGGIRKAN LARA
YANG BERPAUT DI JIWA
KU TERUSKAN HIDUP TANPA DIA

PADAM NYALA PATAH TUMBUH
HILANG KAN BERGANTI
CINTA TIBA CINTA PERGI,
YANG AZALI KU NANTI

KU LUPAKAN MU JUA DISINI
RINDUKU TERHENTI
SEJAK KAU PERGI MENJAUHI
RINDUKU TERHENTI







Wednesday, September 9, 2009

09.09.2009 bersamaan 19 Ramadhan..






Sedihku, sakitku, ku terima
Ku rela, ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicuba
Demi Rahmat Mu ku memohon

Ya Allah redhai ketulusah hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat Mu Ya Allah

Di dunia yang sarat godaan
Ku mohon dosaku ampunkan
Ingin bahagia dunia akhirat
Turunkan Rahmat Mu untukku

Friday, September 4, 2009

sehari jumaat di Ramadhan..

..rase 'sedih' lak bila dah buat(cari nahas sendiri kan)tanggungla

kedengaran rintik2 hujan masih turun diluar..aku sudah siap mengenakan pakaian untuk menjalannkan salah satu tanggjawab ku pada tengahari ini..dari satu sudut kedengaran satusuara..'bang naik kete jerla pegi'..(oh suara mak ku rupenya)..aku tidak menjawap,ku akur dan terus mengmbil kunci..

..jarak dari rumah ku ker masjid tidaklah jauh(sebab tu kebiasannya hnya motor menjadi tungganganku)Sedang dlm perjalanan tetiba radio(Hot FM) yg terpasang memainkan lagu 'Hanya kau Yang Mampu' by Aizat (dlm hati terdetik,ahh mcm tau2 lak lagu ni dgn ape yg aku fikirkan)..(fikiran ku melayan-melayang) aku sengaja memperlahankan kereta untuk mghabiskan bait2 lirik lagu ni sebelum smpai ke destinasiku.

Ya Allah..permudahkanlah semuanya

"~JaLAn YaNG TaK sEiNDaH SeNtUHaN mATa,PaNGkaLnYa JauH uJuNGnYA BeLUm TiBA~"


..Bilal berdiri seraya berkata 'sidang jumaat yg dihormati sekalian,hendaklah tuan2 mendengar dgn elok dan taat sekiranya Khatib sedang membaca khutbah menurut tujuan
hadis Nabi S.A.W.yg diriwayatkan ABU Huraiyrah r.a
"hendaklah kita diam dari berkata2 sewaktu Khatib membaca khutbah walaupn dengan
mengingatkan sahabatnya dgn perkataan diam sekalipun maka luputlah pahala jumaatnya"



..aku cuba fokus sebaiknya



Imam mula berkhutbah..


...Al-Quran..keistimewaan al-quran,Kebesarannya..Ianya tidak akan berubah selamanya melainkan perubahan pd manusia itu sendiri..suatu mukjizat...KedatanganNya juga telah merubah kau itu..

(sesekali fikiran ku melayang lagi)(ishh)(ampunkan la dosa hambamu ini Ya Allah)

..(Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia dan petunjuk serta pelajaran bagi orang2 yang bertaqwa (Al-Imran:138)


Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah)(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah ini.Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.9Itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Ar-Ruum:30)


(antara sedikit petikan khutbah tadi)


...ingatlah bahawa Dunia ini adalah tumpangan sementara dan Akhirat itu adalah yang kekal abadi selamanya

Imam mengakhiri kalamnya.


(Sahaja aku menunaikan solat fardu jumaat 2rakaat (mengikut imam) kerana Allah Ta'ala)




..tabahkan hati ku ini Ya Allah,ku Serah segalanya padaMU

Wednesday, September 2, 2009

...Ramadhan kareem


....selesai sudah 11 hari Ramadhan yang kita semua jalani bersama.Sedar tidak,rasanya telah masuk kita pada fasa ke2 dalam menghayati dan menyelami ertinya.

Mafhum dari Hadis Nabi S.A.W...."Ramadhan itu adalah bulan dimana diawalnya Rahmat dipertengahannya Keampunan manakala dipenghujungnya dilepaskan dari azab seksa Neraka"..

Bagaimana diri ini menjalaninya?Sejauhmana..


..moga2 kita sama2 mendapat keberkatan dibulan yang mulai ini.InsyaAllah