Friday, May 29, 2009

mengenalimu...


seakan..
Seakan seperti semalam baruku
mendengar
ucapan 'love' darimu
perkataan 'sayang' darimu

luahan 'miss' darimu

malah seluruh pancaindera ini menyaksikannya
mengia2kan segala kata mu
tapi..

mengapa jalan ini juga pintaan mu

apakah kesalahan diri ini
buruk yg mana yg kamu terlalu bencikannya

berbahagia kah kamu dengan jalan ini?
mungkin..

dia tak rasa seperti mana
perjalanan ku denganmu

bukan niat ini untuk menyalahkannya

mungkin benar dia lebih baik dariku
selayaknya untuk kamu
yang akan membuatkan kamu lebih beruntung
mendapatinya

dan memberikan kebahagian yg kamu cari2kan
bertuahnkan si dia berbanding ku

dia tak perlu 'menangis' untuk mendampingimu

juga tak perlu 'bersedih' untuk mengatakan keikhlasan padamu

biarlah..

mungkin ini yg terbaik untuk kita

walaupn dari hati kecil ku

ku masih belum menerima alasanmu

sebabmu untuk menjarakkan ikatan ini
hingga saat ini dan juga selamanya..mungkin
ya Tuhanku..
peliharalah kebhagiannya

berilah apa yg dia mahukan dalam hidupnya
jadikan lah dia seorang yg berjaya didunia

juga akhiratMU
ya Allah..

kuatkan hati ini

walaupn sukar untuk menerima semuanya
tapi,kupercaya ini semua rancangan terbaikMU

sebagai seorang yg datang dariMU

yang hanya meminjam dariMU

moga dengan semua ini
diri ini akan lebih semakin hampir kepadaMU

dan mengetahui dengan sempurna

m
engapa ku diciptakan olehMU
ALLAH.





JUMAAT
29MAY 2009
1057AM
EGYPT..






Thursday, May 28, 2009

kota manchester sepi~~...






Em tiada berdaya sebenarnya nak cerita pasal ni..semuanya dah tahu,Akhirnya liga CHAMPIONS LEAGUE sesi 2008/2009 menutupkan tirainya semalam..kecewa gak,sebabnya yg keluar sebagai juara bukanlah Man United..tapi El Barca.man u gagal mempertahankan kejuaran yg mereka menangi tahun sebelum nya,betul kata org"menang mudah,tapi untuk mempertahankannya amat susah"...Man United berjaya ditundukan oleh sang Catalan 0-2..sekalung tahniah buat barca..jika diperhati memang mereka berhak untuk menang malam semalam..permainan mereka menjadi pada malam itu..tp Ini bukanlah bermksd MU tak bgus,tp pada malam tu permainan mereka agak 'menyedihkan'..mereka seperti 'kurang bernafsu'..mereka 'ditengalami' dgn corak permainan 'pep Guardiola'..mereka tidak berada di permainan sebenar mereka.

Ape pun man United tetap best la!!..xper,cuba lagi thn dpn,mungkin ade tuah tuk kita lagi..
Glory3!!..we can do it!!
fighting!!!!!!...
fight_oh!









p/s exam2!!..baca kitab

Tuesday, May 26, 2009

I'm missing you again oh no....


-Dear God-

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love
Purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there
Back where I'd love to be, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you
Is to hold her when I'm not around
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again, oh no
Once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
And all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around,
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
When hope begins to fade...

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love
Hope is hard to find

Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around,
When I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again
















Sebuah jalanan yang sepi, merentasi satu garisan
Beribu batu dari insan yang aku cintai
Tujuannya sukar untuk dicari
Sementara aku menyingkap kembali kata-kata
yang telah kau lafazkan kepadaku
Aku tidak sanggup tetapi berharap kau berada di situ
Kembali ke tempat yang aku senangi.

Ya tuhanku, hanya satu yang aku pinta darimu
Engkau pelihara lah dia sewaktu ketiaadaanku
Apabila aku berada begitu jauh dari sisinya
Kami semua memerlukan insan yang sangat jujur,
Tetapi aku telah meninggalkannya apabila dapat bertemu dengannya
Dan sekarang aku berharap untuk tetap di sini
Kerana aku kesepian dan letih
Aku merinduimu lagi,
OH TIDAK! sekali lagi…

Tiada lagi yang aku perlukan di jalanan yang tandus ini
Tiada siapa di sini sementara semuanya dibuai mimpi
Dan kesemua kedai-kedai telah pun ditutup
Tak sanggup, tetapi sering memikirkan saat manis kita bersama
Gambaran dan kenangan yang dapat mengubati diriku

Ya tuhanku, hanya satu yang aku pinta darimu
Engkau pelihara lah dia sewaktu ketiaadaanku
Apabila aku berada begitu jauh dari sisinya
Kami semua memerlukan insan yang sangat jujur,
Tetapi aku telah meninggalkannya apabila dapat bertemu dengannya
Dan sekarang aku berharap untuk tetap di sini
Kerana aku kesepian dan letih
Aku merinduimu lagi,
OH TIDAK! sekali lagi…

Kadangkala satu pencarian tidak akan bertemu penghujungnya
Tanpa disedari, ia akan terus luput
Aku menemukanmu, sesuatu yang menyuruhku untuk tidak meninggalkanmu
Aku menyerah, pada cara yang terlalu mementingkan diriku sendiri
Dan betapa aku rindu untuk memegang seseorang
Apabila harapan semakin pudar…

Sebuah jalanan yang sepi, merentasi satu garisan
Beribu batu dari insan yang aku cintai
Harapan sukar untuk dicari


Ya tuhanku, hanya satu yang aku pinta darimu
Engkau pelihara lah dia sewaktu ketiaadaanku
Apabila aku berada begitu jauh dari sisinya
Kami semua memerlukan insan yang sangat jujur,
Tetapi aku telah meninggalkannya apabila dapat bertemu dengannya
Dan sekarang aku berharap untuk tetap di sini
Kerana aku kesepian dan letih
Aku merinduimu lagi,
OH TIDAK! sekali lagi…


terjemahan by anonymous

ini yang kau pinta..


ku akur
jika ini kemahuanmu

ku janji ini adalah yang terakhir

suka dan duka ku ambil semuanya

harapan agar jarak ini yang terbaik pada keduanya
tiada kekesalan yang wujud dihati ini

ku mendoakan kebahagianmu

moga kegagalan ini

..bukanlah cabang pada kedendaman

juga permusahan.







0105am
26may2009
new damieta city,Egypt

Saturday, May 23, 2009

Wanita Berpurdah Hitam..

DUNIA-(petikan suatu cerita)...

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera. Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut . Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu -adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi. Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya." Aku akur. "Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam. "Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir. "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahaminya. "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. "Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah mendapatiku. Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

Thursday, May 21, 2009

pantaskah?...~

(MESEJ INI DI'FWRD' DARI SESEORANG)

BELAJAR UNTUK MENGHARGAI

Dalam dunia ni,kita tidak punya sesiapa..kecuali diri sendiri....
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang pasangan yang memahami kita....
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran dari seorang pasangan..begitulah juga dia..

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu..
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasan kita...
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya..
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya..
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri..

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati..
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita...
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya. ..????
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...tetapi kita sering terlupa...
Untungnya mempunyai seorang pasangan yang sentiasa memahami,
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. .
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian juga kita luahkan..

Dia memberi jalan sebagai lalui penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
kadang-kadang kita terlupa pasangan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita..

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita??
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah???

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak rebah.....?
Bolehkan kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah pasangan yang mendengar dari yang hanya bercerita...

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan dia.
Kerana dia juga seorang manusia.
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang pasangan yang merangkap sahabat baik sebagai kekuatan.... ..

Jadilah kita sahabatnya itu..
Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan... .
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan... .
Kita tidak tahu....
Tetapi jika kita cuba jadi sepertinya.. .mungkin kita akan tau....

RENUNGILAH.. .

HARGAILAH SEBUAH PERHUBUNGAN / PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA. .......



cahaya cinta - siti nurhaliza

Sunday, May 17, 2009

Mabruk yaa Manchester awii..!!!



Manchester United are Champions!!

Akhirnya,terjawap sudah klub mana yg bakal menjuarai liga (English Premier League) bagi sesi 2008/2009.Walaupun hanya berbekalkan satu mata(seri) sudah memadai bagi MU untuk mengambil gelar itu bagi tiga musim berturut2 saat bertemu Arsenal di Old Trafford.Manakala baki satu perlawanan yang tinggal hanyala sekadar melengkapkan jadual perlawanan serta tidak membawa apa-apa makna bagi pasukan yang mengejar mereka,terutamanya klub dibawah asuhan Rafael Benitez(Liverpool)..terimala kenyataan ini!!!

Friday, May 15, 2009

TANGGAL 16MEI~


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA YANG PERNAH MENGAJAR DIRI INI
JASA PENGORBANANMU TAK AKAN MAMPU KU BALAS
PADA KALIAN HANYA DOA YANG MAMPU KU PANJATKAN..
INSYALLAH..AMEEN.



P/S esok exam tahriri (alquran)(16 mei) doakan yer semua..

Wednesday, May 13, 2009

bila rasa..& dia


bila rasa sungguh bersalah..

hmm,yer memang kadang-kadang tutur katanya banyak untuk menjaga hatiku..
untuk dia meredakan kegelisahan ku..
untuk dia menghilangkan kekusutan ini
untuk dia menjauhkan kekeliruan ini
untuk dia 'mengembirakan' ku..

tp sejauh mana aku menghargainya
sejauh mana aku mengertinya
aku faham ker perasaanya

bila mana dia sedang bersedih
bila mana dia sedang 'bercerita'
bila mana dia memerlukan

adakah aku betul-betul sudah memahaminya
pantaskah ku untuknya
maafkan kesalahan ini

terlalu mudahkah maaf yg ku pinta ini?..
maafkan ku..
mafkan diriku..
maaf

Friday, May 8, 2009

Beliau..

Saya terlihat,saya terdengar,saya terbaca..dekat2 ni mereka membincarakan tentang 'Hari Ibu'.Ini membuatkan saya terdetik untuk 'mewarnainya' juga..Tapi kan terus terang sayakan saya tidak tahu apakah tarikh sebenarnya Hari ibu(teruknya)(10mei ea)(tu pun lepas semak2)..Adakah saya seorang anak yang tidak peka?..=)

Emak,saya membahaskan beliau Emak..bukan ibu,seperti org2 lain,Ada juga yg memanggil dgn nama mama,umi,mummy dah sebagainya,tp xkesahlah..jnji orang yg dimaksudkan itu adalah sesorang yg mengandungkan kita melahirkan kita smpai kita mampu melihat dunia ini sampai saat ini...
Pergorbanan Emak???Rasanya xperlu abg(mak pangil saya dgn nama ni) nak berckp atau merenung segala pgorbanan mak dlm mendidik dan membesarkan kami.Abg akan malu sendiri jika itu yg 'dibahaskan'kerna tiada nilai yg setimpal yg mampu mengambarkan,bertapa besar dan byknya..hatta hidup lah seberapa lama pn abg kan dunia ini,tapi abg tak akan..tak akan..dan tak akan mampu membalasnya sampai bila2..Emak


Emak..seingat abg kan,lepas jer abg masuk asrama(tingkatan satu) smpai sekarang emak dah tak 'pukul' abg lagi..hatta sentuh pn,kan?(sebelum2 tu ade jer,nakal sgt)=)..

Emak..abg bersyukur sangat,sebab 'terpilih' menjadi salah satu anak emak ngn abah,Percayala,walau mcm mana sekalipun' abg jnji abg kan cuba jadik seorang anak yg baik patuh bertanggjwb pada emak abah keluarga dan juga agama...insyaAllah

Emak..kat sini abg nak minta ampun maaf pada Emak abah keluarga..sebab mungkin kadang2 tanpa abg sedar abg mgecewakan,berdosa,bersalah,menguris hati..maafkan abg

abg janji..abg akan sentiasa mendoakan kesihatan,kesejahteraan,kebahagian emak abah dan keluarga kita,moga2 kita sentiasa dibawah lindunganNya,insyaAllah..

Emak..terima kasih

Emak..abg sayangkan Emak sangat2

SELAMAT HARI IBU..emak

doakan abg kat sini..=)


egypt,
12:36AM
saturday,may 09,2009



Ibu - New Sakha