Monday, May 26, 2008

H.A.R.G.A.I...

sape tahu mkd penghargaan?atau hargai erm..ntah ape ek mksdnyer..xtau2 hak hak..bg tau ekh sape tau..lalala

ade satu ungkapan yg sy pernah dgr..

"Hargailah seseorang itu bila mana dia masih berada dengan kita(ada depan kita,ada sebelah kita,ada belakang kita,kat mane2 la jnji dia bersama kita..huk huk)Jika dia tiada,Bagaimana?Macam mana?"(nak menangis?keluar airmata darah?xda gune dah beb)...(sepeti kata bangbil luu pK la sendrik..hehe)


erm..adakah kamu dihargai?atau kamu menghargai?..tepuk dada sakitla dada huhuh,bkn2 silap "Tepuk Dada Tanyala Iman"(haa yg nih betul kot)


kate allahyarham loloq dlm lagu suka duka(spider);-


hari ni aku kau rindu,
esk mungkin kau benci,
kalau cinta benar kau cinta,
pahit pn rase manis.



exam mode-esok pkse,pening2 ...uwaaaa



Suka Duka Kita - Spider

Sunday, May 25, 2008

nak cuba???silakan..

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri,Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu...



Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.
Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.


adakah benar??sama macam kamu?? hak hak..ntah..hehe


p/s-hanya kajian semata2 tak ada kne mengena dengan yg hidup ataupun mati.

Friday, May 23, 2008

ikhlas?jujur??

al-kisah...

Tinggal seorang lelaki buta,semua orang membencikannya kecuali kekasihnya.Lelaki itu selalu berkata kepada kekasihnya "saya akan mengawini awk kalau saya boleh melihat".. ...Pada sutu hari datang seseorang mendermakan matanya kepada lelaki itu.Bila lelaki itu boleh melihat,dia merasa sangat terkejut kerna kekasihnya juga buta.Kekasihnya berkata "sudikah awk berkahwin dengan saya skng?"Lelaki itu menolak..Lantas,kekasihnya tersenyum dan pergi sambil berkata "TOLONG JAGA MATA SAYA BAIK2"..

..renung dan fikirkan


Thursday, May 22, 2008

KAMILAH JUARA~United Kings of Europe!


-1stly nak say mabrukla kat United untuk kali kedua...mabruk!...mabruk!..hehe
-xsampai seminggu pun kami dinobatkan juara PREMIER LEAGUE epl 07-08..sekali lagi kami dihidangkan ngn kejuaran yg sungguh membanggakan,malah ia lebih bernilai n berprestij dr kejuaran sebelum ini iaitu CHAMPION LEAGUE 07-08(trofi yg menjadi idaman mana2 klub di eropah)huhuhu..bangga2!!..sekali lagi mangsa kami THE BLUES..takziah yek..(~_*)

..dah la xnak tulis pjg2,korang layan la pic2 nih..huhu..glory3!!

Saturday, May 17, 2008

sejatikah sebuah cinta...

Sejatikah sebuah cinta
Hanya bermain dengan perasaan

Wujudkah sebuah kebahagiaan
Tanpa kesetiaan dan kejujuran

Bermaknakah sebuah janji
Tanpa diiringi keikhlasan

Bersungguhkah sebuah kejujuran
Seandainya bersulamkan dusta

Kekalkah sebuah perhubungan
Yang terjalin di atas dasar kasihan

Teguhkah sebuah ikatan
Sekadar untuk menjaga hati dan perasaan

Mestikah sebuah pertemuan
Diakhiri dengan perpisahan

Unggulkah sebuah rindu
Yang diselubungi pelbagai rasa

Benarkah sebuah penantian
Adalah satu penyeksaan

Terkuburkah sebuah harapan
Setelah sekian lama bersemi

Tercalarkah sebuah mimpi
Yang digamit kenangan silam

Tercapaikah sebuah impian
Dengan hanya berangan-angan

Adilkah sebuah takdir
Yang merobek sekeping hati nan suci

Berakhirkah sebuah dugaan
Dengan hanya menadah tangan

Terjadikah sebuah kenyataan
Biarpun tanpa kerelaan

Perlukah sebuah percintaan
Dimulai dengan persahabatan

Mungkinkah sebuah persahabatan
Membibitkan benih percintaan

Bahagiakah sebuah kehidupan
Tanpa perasaan kasih dan sayang

Pudarkah sebuah kasih sayang
Andai kebencian sudah mengundang di hati

Ke manakah sebuah cita-cita
Yang diiringi doa dan harapan

Maniskah sebuah kejayaan
Tanpa dikongsi dengan orang yang tersayang

Retakkah sebuah istana
Dengan kehadiran insan ketiga

Berhargakah sebuah pengorbanan
Insan yang bernama wanita

Terubatkah sebuah kekecewaan
Jika hati sudah terluka

Mampukah sebuah kemaafan
Mengubati hati yang berkecai
Mengapakah sebuah kelukaan
Meninggalkan kesan yang teramat mendalam…



...life is not the problem to be solve,but to be experienced..
-dr khadeejaa

Friday, May 16, 2008

ada apa dengan 16MEI??..

..selamat pagi cikgu!..assalamualaikum ustaz! ustazah!..good morning teachear!..ucapan sebegitu selalu kita ucpkn atau kite dengar tatkala kte mula memasuki alam persekolahan lagi atau pn di sekeliling kite.Malah ia kan bih bermkna jika ucapan itu ditujukan terus kpd kite(mksd sy)kamu lah cikgu!haha..kamu lah yg memegang title guru,ustaz,ustazah or teacher..dikala anak2 muridmu berkata sedemikian..btul x?akan terleret senyuman lebar hingga kepipimu huhu..rase dihormati,disayangi n disanjungi(~_*) didlm hati terdetik(baiknya muridku ni,terima kasih,anak sape lah yg baik nih,sejuk ibu yg mgandungkn..huhu tu xda lah tmbahan semata2 jer,hak hak)..

tp sejauh manakah pengiktrafan penghormatan ataupn rasa terima kasih kamu kpd guru2 kamu??..yg selama ini mgajar mendidik magasuh kamu2..dari "merangkak2 hinggala boleh berjalan dgn megahnya pd hari nih?"...berapa besarnya pengorbanan mereka?keperitan mereka?mampukan kamu balas???..mampu???(huhu semangtnyer aku ni)hak hak..


...di kesempatan ini ku SHAH RIZAN SUDIRMAN ingin mgucapakan selamat hari guru kpd cikgu3 ustz3 teacher3 sir3 yg pernah mencurahkan segala tunjuk ajar dan ilmunya kpd ku sejak dlu lagi.Terutamanya mereka di Sek Keb Seri Yong Peng(SKSYP) n Madrasah AlAttas AlArabiah Johor(MAAJ) n x lupe pde sesape pn yg pernah menjadik guru sy secara langsung or tidak langsung.Jasamu secara jujurnya xkan mampuku balas,ku hnya mmpu mendoakan kesejahteraan kalian dunia akhirat..terima kasih yg teramat..thnks a lots..kulu amm waantum bikhair..insyallah ameen.



SELAMAT HARI GURU!!!....






Thursday, May 15, 2008

...tut tut..tut tut

..tetiba hnset berbunyi,erm msg lah(hoho)..ku bukanya

..sayang,jd lah pndmpg diriku,sayang,jdlah sang setia,kerna cinta,cinta suci mestinya x kn pnh sepi dan tlepas dr cobaan xterduga.kau umpama bintg utara,pnunjuk jln yg terang,kau beri hrpn saat ku jatuh bgn semula..kau berikn sakti cintamu,penwr racun bbisa,dan ikatn kita cinta abadi hanya di syurga.."

sender
dot dot dot
+628.........
sent;
15-May-2008
23;14;33

..hak hak..jiwang,thnks =p








bidadari-Munif Ahmad

Cinta Setia, Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari Bidadari
Jadilah pendampingku

Bidadari Bidadari
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

chorus
Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita




Wednesday, May 14, 2008

...sejenak"

..Andai kita mengatakan kekasih atau suami atau isteri kita adalah yg terbaik dlm hidup kita,Lalu kita mencintai mereka sepenuh jiwa raga ttp Ketahuilah sesungguhnya ALLAH itu lebih INDAH dan MAHA BAIK lebih dari segala yg terbaik didunia ini...ALLAH lah yg memberi udara untuk kita hidup yg melimpahi rezeki sepanjang kita bernyawa yg melindungi dan memayungi kita sepanjang kita dlm kesusahan DIA memberinya tanpa kita meminta WALAUPUN..walaupun kita durhaka kpadaNYA..jadik siapa ALLAH dihati kita?dimana kita letakkan ALLAH dlm hidup kita?..


..
di petik dari sebuah cerita melayu "mata air rajj'i..

Tuesday, May 13, 2008

United Retain Title!!!





-tanggal 11 may 2008 lebih kurang kul 7ptg waktu(egypt) kami di sah kan pemenang mutlak EPL 07-08, JUARA!!CHAMPION!!..hohoho
akhirnya terjwab segala penantian bak kata bawab imarah gue.."penantian suatu penyiksaan"..hohoho.Ape pun sekalung ucpan takziah kpd fan THE BLUES,xper2 thn depan cuba lagi ekh..lalalala glory2!! mabruk United!!..(-_-)

mari sama2...

.."kalau kamu ada anak,anak kamu nakal,anak kamu mencuri,kena tangkap dgn polis..sipakah yg akan dipersalahkan?(ibu bapalah rite?) btul..tp adakah ibu bapa tu yg menyuruh anak itu berbuat jahat?..no,rite? tp kami yg selalu dipersalahkan(kata ibu bapa)..betul..Itulah sebabnya ramai org yg menyalahkan agama dan ajaran islam itu sendiri jika penganut2nya berbuat jahat..Sedangkan ALLAH,NABI tak suruh pn kita berbuat sedemikian..Renungkan(-_-)

P+E+R+J+U+A+N+G+A+N

.."Perjuangan tak semestinya di medan perang atau ajak org masuk islam ttp ada juga perjuangan untuk membawa umat yang lalai kpd islam semula kpd cinta Allah dan tak mungkin islam tersebar tanpa umatnya bergerak...peace~~(-_-)