Thursday, October 28, 2010

di gagahi.

jumaat 29/10/2010

KUL-BAH
1040-1335

BAH-CAI
1620-1845


terasa berat,namun perlu dilaksanakan.Mohon doannya.

Tuesday, October 26, 2010

-Tolong ingatkan aku-

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Sunday, October 10, 2010

SEPULUH.SEPULUH.SEPULUH

Hari ini..

kedengaran.kelihatan rancak je org2 becerita ttg tarikh 10.10.2010 ni.Ade kat radio la.ade kat tv la.ade kt tepi la.ade kat bwh la.ade kt sekelilinglah.n ade-ade di mana2.huhu.

Hakikatnya mmg cantik kan susunan tarikh tuh.i likes!..heee.Maka tak heran la n xmustahil la ramai org2 suke juge!,malah ade yg 'memeteraikan' tarikh tuh dgn sesuatu yg 'istimewa' cnthnya 'tarikh perkhwinan' 'kelahiran anak' macam-macam la ataupun apepun yg meningalkan erti yg 'sungguh bermakna'..xlupe juge pd yg 'tidak bermakna' maybe..


n tdi pn ade tdgr kt radio tarikh ni juge ade di buat bg pasangan kekasih 'mempotretkannya' sbg tarikh mereka mule bercinta huhu.menarik kn! ;p..kire mcm hari ni mereka bersumpah setia mule mjdi kekasih,mcm tula sedikit bunyinye..strt mcm i love u..i love u la..huhu


sampai disini jer topic arini.tak ade ape nak ckp sbrnyer haha!..
semoga happy2 selalu..!
renung2kanlah n selamat beramal! ;D







P/S -terpk gak nak cri satu tarikh yg best cmni..hm bpe ea?..haa ade..20.02.2020 (ni tarikh sy k! sy dh chop!..haha (buat tarikh kwen ok gak ni) insyaAllah ;) 10thn lagi ooo lame gak.tp ok gak kan! umo bpe skng ea?mude lagi kot ;p..haha perasan mude.

-angkasawan ngara kite pn kwen arini kn.dgr tema 'Persandingan kayangan' msti gempak kan..!

Saturday, October 9, 2010

Selamat Pengantin baru Adib&Abin!!

tarikh : 8 and 9 okt 2010
masa : 9.00 pm (majlis nikah)
: 12.oopm- 6.00pm (majlis rumah perempuan)
tempat: Nong chik,johor baharu

!!الف الف مبرووك




بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Monday, October 4, 2010

Wasiat Syeikh Sya'rawi to Mr President







terjemahan:ikhsan by Mahdi Aljunied

"Tetapi aku ingin memberitahu
satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan
atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf
jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.... Aku
... ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi
kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot
untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan)
untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan
dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?
"..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang
berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya
(sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa
pemerintahan (Namrud)..." - (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka
jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat
komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat
kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau
dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan
keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi
hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di
dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada
manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak
terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan
dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak
mentafsirkan kata-kata Allah : "..Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan
mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan
bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Innahum
yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka membuat tipu
daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam
kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan
meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah
ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
"..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong
oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara
itu akan menjadi beban kepadanya..". Wahai Tuan Presiden, aku ingin
katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan
terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir
dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga
Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika
nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk
menanggung beban(untuk menghadapi kami)."