Monday, October 4, 2010

Wasiat Syeikh Sya'rawi to Mr President







terjemahan:ikhsan by Mahdi Aljunied

"Tetapi aku ingin memberitahu
satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan
atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf
jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.... Aku
... ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi
kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot
untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan)
untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan
dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?
"..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang
berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya
(sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa
pemerintahan (Namrud)..." - (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka
jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat
komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat
kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau
dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan
keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi
hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di
dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada
manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak
terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan
dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak
mentafsirkan kata-kata Allah : "..Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan
mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan
bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Innahum
yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka membuat tipu
daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam
kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan
meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah
ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
"..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong
oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara
itu akan menjadi beban kepadanya..". Wahai Tuan Presiden, aku ingin
katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan
terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir
dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga
Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika
nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk
menanggung beban(untuk menghadapi kami)."

No comments: