Saturday, May 28, 2011

huh

balek2 jer dari solat isyak..dlm 915smpai semula rumah
terus masuk bilik..buat mcm xtau jer.kelihatan ahli2 bait tgh tgk tu..mmg dah niat tak kan tgk game malam ni..hm

entah.rasa mcm amik exam tekanan lagi xda dari pd hari ni..rasa lain jer huh
ketika taip ruangan ni..Game tuh sedang belangsung..masih buat2 mcm xtau..sy terima segalanya..

okla.sampai sini je..nak naik atas katil.nak cuba untuk tido.tp bole ker?huh..

selamat malam..hm

Friday, May 27, 2011

baru tadi

sedihnya..dah nangis dh
benda nila jadi 'peneman' selama ni jatuh..pecah;'(
xsengaja.mcm mane ntah tarik tuala telanggar...
terus xda mood malam ni..cuainya!
sayang bnda ni sgt..











-tp kan..dia mcm xsepatutnya pecah tau.sbb jatuh pd kwsan yg bkn terlalau keras..tp Entahlah

catatan rindu.


benar.memang susah...memang susah pada saya tapi awk tak perlu risau.saya adalah siapa yang awk pernah kenal.sy juga tak pernah nak 'ubah' siapa saya.atau harus saya sampai berpura-pura.

saya cuba 'beri' yang sebaiknya untuk awak dan senantiasa nakkan yang terbaik untuk awak.dan memang itu yang sesungguhnya saya cuba..

saya juga akur.bila awk pilih macam ni,Ini semestinya yang terbaik untuk awk.awk bukanlah seseorang yang melakukan tanpa bersebab.Itu awk yang saya kenal.
walau mungkin ini bukan sesuatu yang mudah untuk saya terima..InsyaAllah


Tapi,selagi mana itu yang 'terbaik' dan sangat baik buat awak..saya pasti nak melakukannya.

..walaupun hakikatnya awak semakin jauh ^_ (cool ejan) huhu


terima kasih atas pengalaman ini.


-kerana setiap bernama kerinduan Ada disebalik tirai nostalgia-

Wednesday, May 25, 2011

ting-ting


pengubat stress+tensen+pening2 huhu
bole cuba.
pastu bole senyum dh..;)

exam2 oh exam! mkin hampir suda huk2

Friday, May 20, 2011

saya cuba bercakap sendiri

apakah saya didunia ini?takutilah!
kerana setiap apa jua,dari sekecil-kecil sesuatu hinggalah
sebesar-besar sesuatu yg saya lakukan sudah ada 2penjaga yg diutus oleh-Nya
untuk merekod keadaan ini.ingat lah wahai diri ini..

tidakkan kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya
Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi
Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dia-lah yang keenamnya. Dan tiadak (pula) pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan
Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada.
Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Al-Mujaadilah:7)







p/s Exam dh dekat.semangat datanglahh

Wednesday, May 18, 2011

blur

Jika anda tidak boleh terbang,berlarilah.Jika anda tidak boleh berlari berjalanlah..
Jika anda tidak boleh berjalan, merangkaklah,tetapi walau apapun berlaku..teruslah bergerak.
Jadi jika sy terjatuh,sy akan bangun dan terus berjln.Mungkin sy bjln terdengkot2,tapi sy akn terus bjln.
Jangan BERHENTI..:)

-Heliza Helmi

Monday, May 16, 2011

jangan sekali

Daripada Anas b.Malik r.a beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda :

لا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ فَإِنْ كَانَ لا بُدَّ فَاعِلا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي - متفق عليه

Mafhumnya: “Janganlah salah seorang kamu menginginkan dan bercita-cita untuk mati disebabkan kesusahan yang menimpanya.Sekiranya dia terpaksa juga untuk berbuat demikian maka hendaklah dia berdoa"Ya Allah tetapkanlah kehidupanku sekiranya hidup ini lebih baik untuk aku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu lebih baik buatku.”

Saturday, May 14, 2011

19th league title!

akhirnya..
tak nak ckp byk kot.huhu.
tahniah kita2.he he

Wednesday, May 11, 2011

Lafaz

Andai saya mengerti pertemuan itu adalah perpisahan?

ikhlaskan pemergiannya.
doakan yg terbaik juga untuknya
yakinlah bahawa
sesuatu yang harus jika adanya
disitu kesedihan
kecewa
juga kesunyian
mahupun kehilangan

kembalilah kepada fitrah-Nya
sungguh semuanya berhikmah,
sesungguhnya semuanya pasti dgn kemampuan kita.
insyaAllah.

Tuesday, May 10, 2011

Lafaz Sakinah


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Saturday, May 7, 2011

e.m.a.k

mafhum Hadis
Dari Abu Hurairah beliau berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali? Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, Kemudian siapa lagi?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, Kemudian siapa lagi? Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali,Kemudian siapa lagi, Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’”


emak..
tiada ungkapan yang mampu abg gambarkan pd saat ini

emak..
bersyukur dan amat bersyukur abg punyai 'ratu' seakanmu

emak..
abg janji..abg janji akan cuba beri yg terbaik untuk emak,abah keluarga jg semua semampu abg

emak..
doakan abg yer

sungguh,pergorbanan mu tidak kan mampu abg balas..EMAK;(

ya Allah ya Rabbi pelihara Emak ku,berikan dia kesihatan kekuatan kemudahan kebaikan dunia akhirat.amiin..amiin


--hari2 hari ibu