Friday, December 30, 2011

jumaat terakhir 2011

Assalamualaikum wbt.
Hari ini merupakan hari jumaat bersamaan 30hb 12 2011.Melihat pada tarikh itu,ini menunjukkan bahawa jumaat ini merupakan jumaat terakhir bagi sesi 2011.

Jadi ada apakah dengan Hari Jumaat sebenarnya??

xda aperlh.saje jer..mcm serius jer bnyinya kan mula2 tuh.huhu..:)

sebenarnya..
cme suke disini untuk mengingatkan diri ini shj.Bagaimana keadaan saya selama 'setahun' itu berlangsung..dilandasan manakah sy berada?sejauh mana pegangan sy dlm menterjemahkan 'Islam' dlm kehidupan sehari-harian sy.

Bermuhasabah dan terus bermuhasabah moga diri ini semakin hari semakin cuba menjadi yg baik dan terus belajar menjadi baik.
Moga hari ini lebih baik dr semalam dn esok2 semakin2 baik hendaknya.inshaAllah


salam Jumaat.


اللهم صلي علي سيدنا محمد وعلى آل محمد‏ 



Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.


-Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim












2 comments:

Si Puteri Ali said...

selamat hari jumaat ^__^
moga terus berpeluang merasai nikmat dihari jumaat yang akan datang..amen3

sHaH rIzAn_n_FaMiLy said...

inshaAllah sama2 untuk semua skali.Ameen :)