Sunday, December 28, 2008

Salam Muharam

..moga lembaran baru ini membawa sinar baru bagi ku,InsyaAllah,Amennn yA Rabb



...-Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.








...-Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Friday, December 26, 2008

copy paste(renungan)

LELAKI

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.


Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.


TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.


WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1.
ibunya
2.
isterinya
3.
anak perempuannya
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1.
suaminya
2.
ayahnya
3.
anak lelakinya
4.
saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1.
sembahyang 5 waktu
2.
puasa di bulan Ramadhan
3.
taat kepada suaminya
4.
menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Saturday, October 25, 2008

mesir hujan~



Friday, October 24, 2008

7cinta~..

Sunday, October 19, 2008

Damieta2!!

-alhamdulilah

-ok

-tenang

-damai

-sunyi-sepi

emm

Thursday, October 16, 2008

..aku bukan seorang doctor

..ape yg di perlukan sebenarnya dalam hidup ini~
ada apakah dengan kehidupan?

di saat..ku betul2 jatuh kau hadir menghulurkan tangamu..
ku tersenyum kau juga tersenyum..masih adakah ruang untuk kami...
dlm cuba untuk berdiri dengan penuh semangat..kau cuba berdiam
perlahan2..ku rasa rangkulan tangamu hilang..
tp disebalik..samar2 ku lihat kamu tersenyum indah..
ku tersenyum kembali..

moga2..senyuman indahmu itu,akan mmbhagiakan mu..
..memang itu yg ku mahukan buatmu
akui la takdir kita..
memang kebahagian itu milikmu sahaja..

walaupn hanya seketika...
..terima kasih untuk sekian kalinya.



1031am
thursday
okt 16 2008
p/s ..sabar itu indah??

Saturday, October 11, 2008

S.E.P.I ~

PART ONE

..i'm sorry,bile kite jmpe semuanya dah
terlmbat..semuanya dah diaturkan
tp..kenapa jumpa kalau untuk berpisah
kn?..ok..congratulations.


sy seorang yg tahu ape yg sy nak..sy
pasti dgn jalan yg sy pilih..until I met
you..Lepas tu sy,xpasti lagi tentang
ape2 pun..pelik kan?mcm mana hidup ini
boleh berubah dlm sekelip mata jer..



PART TWO

sufi..
..dia dah xada.
ashraf..maafkan papa
maafkan papa krn xselamatkan mama.

i love..
..i love u too
i love u three mama..


Roadrunners skng xmcm dlu..
aar..
..biar sy tgk,mgkin sy leh tlg
no.its ok..
bagi laa
teruk jugak kasut ni
..bolehla setakat nk smpai rumah.
terima kasih..
..sama2

kasut baru?..
aar
Roadrunners lagi?..
sebenarnya..aritu salah sy bukan salah
kasut..
..sy lari xboleh berhenti.
awk nih lari meningalkan sesuatu atau
awk lari kpd sesuatu?
..kalau awk nak lari lagi,cari kasut yg
ade air cond.
air cond?..
aa air cond..baru kaki awk xpanas..awk
boleh lari tanpa henti lepas tu.


sy
ada sesuatu nak tunjuk kt awk..
kasut..dgn air cond
mane awk dpt?..sy buat..really?
yes,i hve shoe factory.
Roadrunners ni syarikat awk??..yess
ok,bgus..skng nih awk boleh lari sejauh
mane awk nak..rasenya xperlu lari.

..awk nk tnyer knpe sy selalu dtg sini
kn?..sy suka dtg sini sbb anak2 ni..ank2
ni buat sy gembira..dah 7thn sy cuba..tp
masih xda rezeki.
..sy pn nak tau jugak..kenapa awk asik
berlari?sy lari..sbb sy nak
bernafas,supaya sy xsesak ditekan rase
bersalah..isteri sy meninggal..sbb sy.
tp skng awk dah berhenti,??..sbb awk..

sy xmahu awk berharap dengan sy..
marya..ada berjuta org ddunia ni,knpe
kite ditkdirkan berjumpa kalu bkn tuk
bersama?


marya..sy tau payah tuk awk mmbuat
keputusan..tp jgn biarkan ketakutan
menghalang kebahagian.
kalau awk bhgia bersama zain..sy akan
pergi,tp kalu hti awk milik sy..sy akan
tunggu,datanglah..

sufi..hati sy milik awk..tuk selamanya.
tp kebhagian adalah milik ank sy..tuk
selamanya.
awk percayakan kpd takdir..
apakah takdir kite skng sufi..?

dulu sy sngka cinta dtg sekali dlm
hidup.tp sy dianugerahkan cinta kedua..




PART THREE

semua org penah rase sepikn..

bisik ku pada bulan,
kembalikan..
temanku,
kekasihku,
syurgaku,
tanpa dia,mlm menemaniku,
sepi memelukku,

bulan,
jgn biar siang,
biar alam ini kelam,
biar ia sepi..sepertiku.