Friday, May 7, 2010

di mana Al-Quran saya?..


Sejenak jumaat~..Al-Quran adalah kalam atau firman Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan melalui malaikat jibril untuk pedoman serta petunjuk seluruh umat manusia,bangsa,masa juga tempat.

malah kita juga berpegang pada Rukun Iman yg6 itu yg juga ada disebut beriman pada kitab Allah.

persoalanya? sejauhmana kita dan dimana kita 'mengenalnya' dan mengambilnya bg kehidupan kini.

Seharian bersamaan 24jam.Dalam masa ia berlalu berapa detik saat minit kita sempat'mendampinginya'

Adakah kita tidak merasa 'sedikit kesal' jika berlalunya hari itu tanpa 'menyebutnya'??..


Sesibuk mana pun saya?awak?kamu?didunia ini..Adakah tiada masa dan waktu untuk diluangkan 'padanya'?walaupan sekejap?..

yakinlah,hidup didunia ini adalah sementara.Akhirat itu adalah kekal selama-lamanya.

Ya Allah Ya Rabbi
..jadikan kami dari mereka yg tergolong dlm ahli Al-quran
..juga mereka yg sentiasa mendambakanMU semata2 untuk mengharap redhaMU.

Ameen.ameen,ameen.


...............

'kalau sekiranya kami menurunkan Al-Quran ini kpd sebuah gunung,pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kpd Allah.Dan perumpamaan2 itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir'..(Al Hasyr:21)

Saturday, May 1, 2010

Pagi ini

bersiap2 untuk ke klas pagi ni seperti selalunya..

jam 8.45pg.
suasana sekeliling amat myenangkan pagi ini.langkah disusun,hayunan kaki menuruni tangga rumah bertingkat 5 ini seakanya lebih besemngat.

setiba di pintu masuk kuliah..

Lantas kedengaran suara sang Pengawal..'Ya Syeikh alyum mafis muhadarah,Igazah!..

aku bertanya..'igazah?asyan ei ya ustaz..?

dia mjwp lagi..'asyan Aidul Umal..

haaa..(aku tergamam sebentar dn melihat tarikh di hp.Ya Salamm~ 1 May arini!!..Hari Pekerja (Hari Buruh)!.huhu..xigt langsung..adui.hehe..

sambil tersenyum malu.aku berkata pada pengawal itu..'syukran ya ustaz


Di kesempatan ini..sy mengucapkan...

SELAMAT HARI PEKERJA!!...;)






-mcm2.tarikh pn bole lupe yer ejan.ish2.hehe.peace~

Wednesday, April 28, 2010

S.T.U.D.Y


Sy WAJIB lulus exam kali ni
Ejan WAJIB! lulus exam kali ni
Shah Rizan WAJIB!! lulus exam kali ni..huhu
FIGHTING..!!!!

moga mendapat yg lebih baik dr sebelum ni.InsyaAllah.
doakan sy.doakan kami.doakan semua.

Moga kejayaan mengiringi bersama dunia n akhirat.InsyaAllah. ameen ameen..Ameen

Wednesday, April 21, 2010

kisah khayalan


Bila kita rindu kt seseorang
..or sesiapa pun
kita boleh je cakap kat dia
'Sy rindukan awk'
tp
ada satu2 masa,ketikanya Ia xmampu
diucap dengan kata
malah
bile kita terlihat potretnya,
imbasannya
tanpa disedari air mata keluar sendiri
..ia jatuh.
walaupun ini pada hakikatnya..
dia telah pergi jauh
sejauh.

Wednesday, April 7, 2010

,,,,

s.e.d.i.h+++k.e.c.e.w.a

kenapa ssh sgt nak menerima kekalahan ni yer.selalunyer ok jer.tp kali ni.terlalu??..

uwaa~~ ;)


rilek2.ni semua xpenting.fokus pd yg penting2 jer (cuba sedapkan hati) huhu

STUDY!! EXAM DAH DEKAT!!..



-sedih mgalahkan org yg hilang kekasih la plak.huhu

Ya Illahi

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Monday, April 5, 2010

Tika Dinihari


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan keampunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yang merubah kalbu
Tetapkanlah Hatiku
Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami