Saturday, August 23, 2008

balasan?..takdir?

...sering kita mendgr ungkapan"setiap manusia tak sepi dr melakukan kesalahan or kesilapan"..tp bagaimana pula kita mahu menghukum bg mereka yg masih juga melakukannya?'Kehidupan' suatu istilah yg sungguh misteri yg kadang2 tak kan ada siapa pn mampu merungkaikan maksd sebenarnya!Mungkin kita berada dlm keadaan senang gumbira bhgia pada sesuatu saat ketika,tp percyala xsume manusia dicuba olehNYA untuk terus berkeadaan sebegitu sehinggakan kdg2 kita xdpt terima jika berlaku sebaliknya dlm hidup ini,kenapa aku?saya?apa salah aku?jahat ker diri ini?..pelbagai persoalan akan menguasai diri anda..


..kebodohan diri sendiri bisa membinasakan seluruh kehidupanmu.


"sabar itu indah.."

Friday, August 8, 2008

life..

ape yg harus aku lakukan ya allah!..bantulah aku..tunjukan jalanMU kpdaku..

Wednesday, August 6, 2008

lalal~LalA(22thn)


HEPI BESDAY KEPADA SAYA..YA ALLAH~MOGA2 DIRIKU MENJADIK SEORANG YG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA..MOGA2 MENCAPAI CITA2 YG DIHAJATI..MOGA2 KEHIDUPANKU INI TIDAK MYUSAHKAN ORG DISEKELILINGKU...MOGA2 DIBERIKANY KEKUATAN DN SEMANGAT UNTUK MENGHADAPI SUMENYEA..MOGA2 SELAMAT DUNIAT AKHIRAT..AMEEN



..kami mengimpikan kan yg terbaik,tapi kuasa dsisiMU YA ALLAH,kami serahkan segalanya padaMU,kami yakin itu~

Friday, July 25, 2008

..seketika di KL



jeng jeng~

jb~~kelantan(thursday 24jul 10am)

kl sentral
+
kfc(colonel chicken rice combo 2set+fun fries)
+
monorel(chowkit)
+
beli buku(dekat ngn (HKL)
+
monorel(kl sentral)
+
kl sentral




..thnks,ia sesuatu yg amat bermakna dlm hidup ini.


p/s thnks kt abg syah sbb jga laptop n barng2 kami..hak hak



Belaian Jiwa - Innuendo

Wednesday, July 16, 2008

after 19hari di negara tercinta(malaysiaku)--

apakah rutin harianku...~

pagi~
bagun tdo,lepak2 dirumah,mkn minum,tdo

ptg~
duk umah gak,tgk tv,main bola

mlm~
dok kt umah lagi,tgk tv,tdo


anda bagaimana?? hak hak

pengajaran dan iktibar dr kisah ini;


1)aktiviti yg kurang sehat,hak hak
2)membosankan huhuhu
3)tp ok la gak..sbb ade yg teman(si dia) haha..thnks kamu,peace~

Monday, May 26, 2008

H.A.R.G.A.I...

sape tahu mkd penghargaan?atau hargai erm..ntah ape ek mksdnyer..xtau2 hak hak..bg tau ekh sape tau..lalala

ade satu ungkapan yg sy pernah dgr..

"Hargailah seseorang itu bila mana dia masih berada dengan kita(ada depan kita,ada sebelah kita,ada belakang kita,kat mane2 la jnji dia bersama kita..huk huk)Jika dia tiada,Bagaimana?Macam mana?"(nak menangis?keluar airmata darah?xda gune dah beb)...(sepeti kata bangbil luu pK la sendrik..hehe)


erm..adakah kamu dihargai?atau kamu menghargai?..tepuk dada sakitla dada huhuh,bkn2 silap "Tepuk Dada Tanyala Iman"(haa yg nih betul kot)


kate allahyarham loloq dlm lagu suka duka(spider);-


hari ni aku kau rindu,
esk mungkin kau benci,
kalau cinta benar kau cinta,
pahit pn rase manis.



exam mode-esok pkse,pening2 ...uwaaaa



Suka Duka Kita - Spider

Sunday, May 25, 2008

nak cuba???silakan..

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri,Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu...



Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.
Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.


adakah benar??sama macam kamu?? hak hak..ntah..hehe


p/s-hanya kajian semata2 tak ada kne mengena dengan yg hidup ataupun mati.