Thursday, August 27, 2009

rumput CINTA.... by ~ z.U.r.A.r.E.M.l.I~

Pada suatu hari...
di sebuah sekolah,seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu,guru tersebut sedang mengajar tentang erti kasih sayang.


Murid : Cikgu , mcm mana kita nak pilih seseorg yang terbaik sebagai org yang paling kita sayang?
Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ?

Cikgu : Ok,sekarang kamu ikut apa yang cikgu suruh ye..Kamu pergi ke padang,berjalan di atas rumput
sambil memandang rumput didepan kamu...pilih rumput yang PALING CANTIK.. Igt,kamu tidak
dibenarkan menoleh kebelakang walau sekalipun.bila dah jumpa,ambil rumput yang
PALING CANTIK dan bawa ke kelas..


Beberapa ketika kemudian,murid tersebut pulang ke kelas.Namun,dia lansung tidak membawa walau sehelai rumput pun....Cikgu terus bertanya mana rumput yang diminta.Murid tersebut menjawab....


Murid : Tadi semasa saya berjalan,sayapun terus cari rumput yang paling cantik.Sepanjang jalan
memang banyak rumput yang cantik.Tapi,kan cikgu cakap nak rumput yang PALING CANTIK,
jadi saya pun terus berjalan ke depan tanpa sekalipun menoleh kebelakang seperti yang cikgu
cakap.Puas saya cari sampaikan saya tak sedar yang saya da sampai ke hujung padang....
Mungkin ada diantara rumput dibelakang saya tadi rumput yang PALING CANTIK.Tapi da cikgu
cakap xbley menoleh kebelakang,sayapun terus la balik kelas...Jadi,xada la rumput yang saya
bley petik...


Cikgu terdiam sebentar sambil tersenyum....


Cikgu : Itulah jawapan bagi soalan kamu tadi.Maksudnya,pabila kita telah jumpa denganseseorang yang
kita sayang atau seseorang yang betul2 menyayangi kita,janganlah sesekali kita mencari yang
lebih baik dari itu.kita patut hargai orang yang berada disamping kita,bukanlah orang yang
berada didepan kita.Jangan sesekali menoleh kebelakang kerana semua yang sudah berlalu
tak mungkin kembali lagi walau dengan apa cara sekalipun.................

...........



~ ingatlah,orang yang kita sayang itu adalah yang paling cantik dan paling baik walaupun sebenarnya masih ramai yang lebih cantik seperti rumput tadi.jangan terlalu leka mengejar sesuatu yang lebih baik kerana kita sebenarnya sedang melepaskan sesuatu yang terbaik....makin kita mengejar kesempurnaan,makin jauh kesempurnaan itu pergi....


sekalipun cinta telah ku jelaskan dan ku huraikan dengan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...............


1 comment:

LS said...

nice one. thanks for sharing, mister. :)

ramadhan kareem.