Monday, October 4, 2010

Wasiat Syeikh Sya'rawi to Mr President







terjemahan:ikhsan by Mahdi Aljunied

"Tetapi aku ingin memberitahu
satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan
atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf
jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.... Aku
... ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi
kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot
untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan)
untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan
dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?
"..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang
berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya
(sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa
pemerintahan (Namrud)..." - (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka
jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat
komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat
kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau
dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan
keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi
hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di
dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada
manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak
terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan
dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak
mentafsirkan kata-kata Allah : "..Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan
mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan
bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Innahum
yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka membuat tipu
daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam
kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan
meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah
ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
"..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong
oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara
itu akan menjadi beban kepadanya..". Wahai Tuan Presiden, aku ingin
katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan
terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir
dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga
Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika
nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk
menanggung beban(untuk menghadapi kami)."

Thursday, September 30, 2010

p.e.a.c.e

(SURAH AR-RA'D)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah".Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu,tenang tenteramlah hati manusia.


Wednesday, September 29, 2010

Ya Allah.

Tak pernah ku sangka
Aku merasakan
Rindu yang begitu hebat
Saat kamu tak lagi ada disampingku

Tak pernah ku sangka
Hati ku terbakar
Saat aku dengar kamu sebut namanya
Dan saat kamu bersamanya

Ya Allah ya Tuhanku
Ku mohon kepada-Mu
Masukkan aku ke dalam lubuk hatinya
Buatlah dia cinta kepadaku

Tak pernah ku sangka
Aku patah hati
Saat kamu mau pergi meninggalkan
Aku yang selalu cinta kamu

Tak pernah ku sangka
Perih yang ku rasa
Sebesar rasa bahagia yang ku rasa
Silih berganti tangis dan tawa

Ya Allah ya Tuhanku
Ku mohon kepada-Mu
Buatlah dia menjadi kekasihku
Jadikan dia milikku selamanya

Tuesday, September 7, 2010

akan ku jumpa

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui...

Monday, August 30, 2010

Ramadhan & kemerdekaan..

hari ini masuk malam Ramadhan yg ke20 (fasa terakhir)..maka tinggal 10 selebihnya untuk kita akhiri bulan yg penuh keberkatan ini.

bersama kite terus mencari malam seribu bulan itu ( Lailatul Qadr)..insyaAllah...moga2.
sesungguhnya..sekuatnya...semampunya ;)


n
tidak dilupa juga sebentar lagi
akan masuk tanggal 31 Ogos 2010
suatu tarikh keramat bagiku dan seluruh rakyat Negaraku
Malaysia.
Alhamdulilah segala puji bagi-Nya
keatas nikmat kemerdekaa
n yg diberinya selama ini..
..disamping terus berdoa moga kemakmuran
ketenangan
kebahagian
kejayaan
kedaulatan
serta kebaikan
terus bersama2 Tanahair darahku
MALAYSIA.


Kemerdekaan bukan sekadar laungan........

SALAM MERDEKA!





Tuesday, August 24, 2010

Alhamdulilah...Syukur padaNya

disaat kita rasa di awalnya bukan itu milik kita.
pasrah..redha adalah jalan terakhirnya.
seakan menyerah..
walaupun disudut hati kecil
..berdoa ada sesuatu sebaliknya.

Alhamdulilah..alhamdulilah
alhamdulilah.
di akhirnya..DIA memberi ku
berita gembira itu.
sujud syukur serta menadah syukur
hambanya pada sang penciptanya.
Ya ALLAH..terima kasih
atas pemberianMu ini.
air mata menjadi saksi..
saya berjanji saya akan lebih berusaha lagi
..terus berusaha n berusaha
dlm mempelajari ilmuMu dan mencari keredhaanMu
moga ia boleh membantu ku..
mempersiapkan diri
dlm menyampaikan amanah serta tanggungjawab..
dlm urusan agamaMu
InsyaALLAH.











-thanks mak abah
-thnks 'my penasihat' even suda jauh semngt mu sentiasa bsama 'apapun terjadi';)
-thanks pd semua yg sentiasa menunjuk ajar dan mendoakan.moga kalian sentiasa dibwh naunganNya insyAllah.aminn..aminn







Saturday, August 21, 2010

merinduinya


dekat 15hari dh ada kt umah ni.menikamati keindahan negaraku tercinta Malaysia.hehe.Dah masuk 11 Ramadhan.tak terasa.rasa kejap sgt masa berlalu kn..Hmm sejauh mana puasaku?sejauh mana tingkat amalanku?Ya Allah berkati kami di bulan Ramadhan ini.Aminn..aminn...


Bila Ramadhan ni.terasa merinduinya.haha (xmalu)..ade satu kisah.Dulu2 awal Ramadhan masing2 msti saling ckp nak berlumba membaca Al-Quran.sape yg leh khatam dulu.sape yg leh menang hehe.rasa klakar bila igt.mcm anak2 kecil pn ade ek.hehe.tp itulah yg indah ;) tp last2 msti cuba untuk sama2 khatam (Saling menungu) (jika ada yg terlewat) yg Ramadhan terakhir nak sama2 khatam even berlainan benua.huhu..rasa seronok.


tp tu Dulu2..Skang2 xdah.masing2 dgn laluan masing2 kot.jika lah dia tahu perasaan ini ;).Skng bila membaca2 tu tkdg terigat sgt dia.smpai xsedar ada titisan air yg mangalir.huk2 (sedihnya) hehe.

tp selalu cpt bersedar.cuba untuk mghormati dia.cuba untuk terima hakikat.cuba untuk merelakan permintaanya.cuba untuk juga 'memberi'..'memberi' walaupun sakit yg dirasa.tp untuk dia.sy redha..hee

..dgn harapan dia akan mdpt yg lebih baik dr sebelumnya.InsyaAllah. (selalu doakan kamu. huhu)..

jaga diri.





(suatu kisah di Ramadhan Al-Mubarak)